Tuesday, November 15, 2011

I Hate You But I Love You 4

Aku menapak masuk ke Arena Sukan diiringi oleh Samy, Wawa dan Wahi. Aku bergerak kearah team eagle manakala ketiga-tiga sahabat ku mengambil tempat duduk di tempat duduk yang disediakan.

“ Al! Dah sampai pun. Baru je kite orang sebut nama tadi.” Ujar Farhan yang menyedari kehadiran ku. Team yang lain turut memandang kearah ku.

“ Aa ah..entah-entah dah lupa kat kite orang sume.” Sahut si Aidil pulak. Aku ketawa. Tak mungkin aku lupa semua team Eagle.

“ Walawei. Agak-agak la word tu, Dil. Terasa aku. Aku tak lupa korang sume tau. Korang sume yang lupakan aku.” Ujar ku lalu duduk di sebelah Farhan.

“ Yooo…Al terasa hati la. Selalu dia tak main emo emo. Ok, kite test dulu kalau betul Al tak lupa dan masih ingat nama kite sume.” Cabar Aidil dengan senyuman. Aku ketawa lalu berdiri menghadap semua team Eagle.

“ Okei! Farhan, Ryno, Bad, Hanif, Joe, Ad, Wan, P-jai, Tony, Shah, Akon, Daim and you, Aidil. Amacam? Puas hati?”Ujar ku yakin sambil menunding jari kearah mereka seiring aku menyebut nama mereka. Semua bertepuk tangan.

“ Transfer student tu belum sampai lagi?” Soal ku. Sebaik sahaja mulut ku menuturkan ayat transfer student, wajah mahluk asing muncul di minda ku. Takkan dia kot? Tidak mungkin.

“ Sorry lambat guys!” Ujar satu suara di belakang ku. Aku pantas menoleh. Aku tergamam bila melihat Adif Arfan aka ‘mahluk asing’. Begitu juga dengan Adif Arfan. Bulat matanya melihat ku.

“ You must be our new captain, right?” Soal Aidil yakin lalu menapak menghampiri Adif. Aku mengatap bibir bila Adif menganggukkan kepala.

“ Jom aku kenalkan kau dengan member kita and our cute team manager.” Ujar Aidil sambil mengenyitkan matanya kearah ku.

“ Yang ni Farhan, Ad, P-jai, Daim, Hanif, Joe, Wan, Ryno, Bad, Tony, Shah, Akon dan aku Aidil. This is our team manager, Alya Fatiha or just call her Al.” Ujar Aidil ramah. Bukan. Terlebih ramah. Adif bersalaman dengan semua member Eagle. Akhirnya dia menghampiri ku.

“ We meet again.” Ujarnya perlahan. Aku mengatap bibir. Sesak nafas ku apabila Adif tersenyum manis.

“ You all kenal ke?” Soal Aidil dengan riak terkejut.

“ Yup. Sama faculty. Kebetulan kan?” Ujar Adif perlahan. Namun bagi ku , kata-kata itu cukup dalam maksudnya.

“ Baguslah. Tapi aku pesan awal-awal la kat kau. Al ni, walaupun muka dia cute, kau jangan main-main dengan dia. Berbisa penangan dia ni. Jangan sampai kau ‘ANGAU’ kan dia pulak lepas ni.” Ujar Aidil memberi amaran.

“ Kau ni Dil, sudah-sudahlah tu. Dari tadi kau asyik usik si Al tu. Tak cukup lagi ke?” Sampuk Farhan. Ya, memang Farhan ni terlebih baik dengan aku sejak dulu lagi. Dia dah anggap aku ni macam adik dia.

“ Yelah. Aku tahulah yang kau pun dah ‘ANGAU’ kan si Al.” Usik Aidil pada Farhan pulak. Member yang lain turut ketawa melihat muka Farhan yang sudah merah itu.

“ That’s enough Aidil. Ok, jom kite mulakan latihan. First of all, kite buat senaman ringkas. Aidil, you yang jadi star hari ni.” Ujar ku tegas. Adif memandang ku dengan senyuman. Perli aku lah tu. Ingat satu je, aku takkan biarkan kau buli aku. Tajam renungan ku padanya. Selesai senaman ringkas yang di ketuai oleh Aidil, semua member berpecah kepada dua kumpulan untuk sesi latihan. Aku mengeluarkan buku dan pen lalu duduk di tepi gelangang. Setiap pergerakkan mereka aku perhatikan. Sambil itu aku menulis sesuatu pada buku nota. Latihan ini cukup bagus dari segi serangan namun agak lemah dalam pertahanan. Adif ku lihat bersungguh-sungguh bermain. Tendangannya tepat dan penuh tenaga. Hantarannya juga kemas. sudah dua kali dia menjaringkan gol. Akhirnya, team Adif memenangi sesi latihan tersebut. Aku tersenyum puas hati dengan latihan hari ini.

“ Ok, guys. That’s a good practice. But the defense, you guys must work hard from now on. Bercelaru sangat. Sebab tu, gawang senang kena ceroboh. But, secara keseluruhan, semua ok. Cuma perlu tingkatkan lagi latihan dari masa ke semasa.” Ulas ku panjang lebar. Joe, Daim, Akon dan Hanif membuat sign ‘peace’ tanda ok.

“ Ok. Latihan hari ini cukup bersemangat. Thanks to you all.” Sambung ku lagi.

“ So, sebelum sesi ini tamat, any question?” Soal ku sambil memandang setiap wajah keletihan team Eagle.

“ Manager, boleh I cakap sesuatu tak?” Ujar Adif tenang. Aku menarik nafas lalu menganggukkan kepala tanda setuju.

“ To formal..just call me Al.” Ujar ku serius. Adif tersenyum lalu memandang member Eagle. Dia menarik nafas panjang sebelum memulakan bicara.

“ First time saya rasa game hari ini hebat. Especially Farhan, Aidil, Shah, Ad dan P-jai. You all main dengan penuh semangat. Dan saya dapat rasa team work korang semua. That’s the best. So, saya harap, lepas ini kita akan pecah rekod. Cipta sejarah. Biar team Eagle jadi juara di Arena Sukan Futsal antara university yang akan datang. Bukan untuk sapa-sapa. Main untuk team dan kepuasan hati sendiri. Satu je saya nak ingatkan, kita main bukan sekadar untuk menang..main sebab kita sukakan permainan ini. Itu yang lebih memuaskan hati kita.” Ujar Adif panjang lebar. Aku tersenyum mendengar kata-kata semangat dari Adif. Aku lihat mata member team Eagle seolah bercahaya.

“ That’s it, manager, opsss!! Al.” Ujar Adif kepadaku. Aku menganggukkan kepala.

“ Ok, guys. Boleh bersurai. Kita jumpa esok macam biasa.” Ujar ku lalu memberikan tepukan kepada mereka tanda puas hati. Masing-masing bergerak mengemas barang dan aku turut mengemaskan barang ku.

“ Al? Aku rasa lidah aku mungkin terseliuh kalau panggil kau macam tu.” Komen Adif lalu duduk di sebelah ku. Aku menjeling kearahnya. Banyak mata yang melihat kearah kami dengan bermacam persoalan di wajah mereka.

“ So?” Soal ku acuh tidak acuh.

“ Aku panggil kau…manager. Boleh?” Ujar Adif diiringi ketawa. Aku menjeling kearahnya.

“ Skema, tau tak?” Komen ku lancar. Adif ketawa.

“ Ermmm..kalau aku panggil kau…Yaya?” Ujar Adif lagi. Aku bangkit dan menoleh kearahnya. Yaya? Kau ingat aku kesah ke kau nak panggil aku apa?

“ It’s up to you. I don’t really care.” Ujar ku bersahaja lalu menghampiri teman-teman ku yang setia menunggu. Aku melambai tangan kearah Farhan dan yang lain.

“ So...Adif captain baru team Eagle. What a big surprise!” Ujar Samy yang masih tidak percaya.

“ Aa ah lah. Aku pun terkejut tengok dia masa dia sampai tadi. Cara dia main pun talented!” Sampuk Wahi sambil memuji Adif. Aku mencebik bibir.

“ Korang balik dulu lah. Aku ada hal la.” Ujar ku lalu ingin berlalu.

“ Nak aku hantarkan ke?” Soal Samy.

“ No need. Bye. See you guys tomorrow.” Ujar ku lalu berlari anak kearah pintu utama Arena Sukan. Aku mengelurkan mp3 dan menyumbat earphone ke telinga. Aku melangkah ke bus stop yang berhampiran.

“ Yaya!” Panggil satu suara yang sayup-sayup ku dengar. Aku mengecilkan volume mp3. Mahluk asing ni memang tak makan saman.

“ Yaya!” Laung suara itu lagi dengan agak kuat. Aku menoleh dan dapat mengagak si empunya suara.

“ Ape hal?” Soal ku protes dengan gangguan si mahluk asing. Aku baru je nak tangkap feeling dengar lagu korea. Adif berlari anak dan berdiri dihadapan ku.

“ Wooo…garang nye.” Komen Adif seakan mengusik ku.

“ Aku tak ada masa nak layan kau hari ini, aku busy ok. Kalau kau nak cakap, kau cakap sekarang. Kalau tak ada benda nak cakap, kau boleh blah, ok.” Ujar ku lalu memandang wajah itu tanpa perasaan.

“ Look here, Yaya. Aku dah penat bertekak dengan kau since our first meet. I don’t think this is a good reason for us to fight. It’s useless, ok. Let stop fighting and be friend. There’s nothing wrong with that right?” Ujar Adif perlahan. Aku mengeluh.

“ Whatever la, ok. Aku memang macam ni. Kena ambik masa untuk start a new relationship with stranger. Dan..aku tak akan buat hal kalau orang tak buat hal dengan aku. remember that!” Tegas ku.

“ Ok, fine. Kau nak ke mana?” Soal Adif dan wajahnya agak kecewa mendengar jawapan ku.

“ Perlu ke aku bagi tahu?” Seperti biasa soalan dibalas dengan soalan. Adif mengeluh lalu melangkah ke bus stop meninggalkan aku. Marah ke? Aku mencebik lalu menguatkan volume sampai habis. Bergegar gegendang telinga ku mendengar lagu korea yang agak rancak tersebut. Aku turut duduk di bus stop sambil melihat jam handphone ku. Dah pukul 12 tengah hari. Janji dengan anak kawan ibu tu pukul 1. Ada sejam lagi. Aku mula berfikir. Aku tak pernah tahu siapa gerangan lelaki itu. Macam mana aku nak cam dia? Ibu cakap dia akan send gambar ke phone sebaik kedua-dua kami sampai. Dan ibu siap pesan, kalau dah sampai, call dia dulu. Aku mengeluh. Bas berhenti dihadapan ku mengejutkan aku dari lamunan. Aku bingkas bangkit dan masuk ke dalam bas yang hanya dihuni lima orang penumpang. Aku mengambil tempat duduk di belakang sekali. Aku lihat Adif turut masuk dan duduk sebaris dengan ku di bahagian belakang. Aku dihujung sebelah kanan dan dia dihujung sebelah kiri. Aku enggan mengambil pusing dengan kehadiran Adif. Jari-jemari ku menari-nari mengikut rentak music lagu you’ve fallen for me ost drama korea ‘Heartstring aka You’ve Fallen For Me’. Mata ku pejam seketika. Dan tiba-tiba aku rasa bahu ku bergesel dengan seseorang. Aku cepat-cepat membuka mata dan menoleh. Darah ku tersirap. Kerusi yang tadinya banyak kosong sudah penuh dan ada juga penumpang yang berdiri. Tapi yang menghairankan aku, sejak bila pulak si mahluk asing ini duduk disebelah ku. Aku mengatap bibir. Volume mp3 aku perlahankan.

“ Bila masa pulak kau duduk sebelah aku ni?” Soal ku bersahaja. Adif menoleh kearah ku.

“ Sejak kau pejam mata tadi dan bila pelajar kat sebelah tu tengok kau macam nak makan orang. Biar dia tahu yang aku ada kat sini untuk kau. Kau gerenti selamat punya.” Jelas Adif panjang lebar. Aku hampir ketawa.

“ Selamat sebab ada kau kat sini? Hello, aku boleh jaga diri aku tau. Kau jangan nak memandai. Aku hairan la, bukan ke kau nak balas dendam dengan aku? Kenapa lain pulak? Ke…kau ada rancangan lain?” Duga ku dengan bermacam persoalan. Adif renung mata ku dengan renungan tajam. Kecut jugak perut aku.

“ Kau boleh jangan menilai orang ikut cite rasa kau, boleh tak? Kenapa kau benci sangat dengan aku? Aku yang sepatutnya marah atas apa yang dah kau buat sebelum ni. I did try to forget everything. Why don’t you understand?” Soal Adif perlahan. Aku mengatap bibir. Emo la pulak mamat ni.

“ Aku malas la nak bertekak dengan kau.” Ujar ku apabila suhu perdebatan semakin meningkat. Hanya keluhan Adif yang kedengaran. Aku memerhati sekeliling. Sudah hampir kedestinasi yang aku ingin tujui. Aku bangkit dan menekan loceng bas. Tanpa pamitan, aku terus melangkah apabila bas berhenti. Aku dapat rasakan yang seseorang mengikuti langkah ku sebaik sahaja aku turun dari bas. Aku menoleh. Aku mengeluh apabila melihat kelibat Adif. Dia nak apa sebenarnya? Kenapa dia ikut aku? Takkan dia sukakan aku kot? Gila ke ape?

“ Kenapa kau ikut aku, hah!” Marah ku pada Adif. Adif menoleh kebelakang. Minah ni cakap dengan siapa? Siapa yang ikut dia? Pelik jugak aku.

“ Kau cakap dengan siapa?” Soal Adif hairan. Ek eleh…buat don’t know pulak dia. Nak aje aku ketuk kepala dia ni.

“ Kau ada tengok sesiapa lagi ke kat sini?” Sekali lagi soalan dibalas soalan. Adif garu kepala.

“ Dengan aku ke?” Soal Adif membuatkan aku rasa nak tanam dia ni hidup-hidup.

“ Ek eleh..dengan kau lah. Dengan siapa lagi. Gila ke aku nak cakap dengan pokok bagai.” Sindir ku dengan jelingan tajam.

“ Bila masa pulak aku ikut kau?” Soal Adif makin hairan.

“ Yang kau berhenti kat sini tu kenapa?” Soal ku geram. Aise..mahluk asing ni memang nak kena.

“ Dah aku nak ke café kat depan tu. Kenapa? Kau pun nak ke café tu?” Ujar Adif bersahaja. Aku mengatap bibir. Hilang kata-kata. Malu pun ada jugak.

“ Perasan betul lah dia ni. Ingat aku hadap sangat nak ikut kau ke?” Sindir Adif lalu berlalu meninggalkan aku. Aku menghentakkan kaki tanda protes pipi ku terasa panas. Meluap-luap perasaan marah aku saat ini. Aku duduk di sudut hujung café. Adif pulak masuk ke café ini tadi. Tapi aku tidak nampak pun batang hidung dia. Aku mengeluarkan telefon dan menghubungi ibu. Beberapa saat kemudian, talian bersambung.

“ Assalamualaikum, ibu. Ucu dah sampai. So? What to do next?” Ujar ku tenang. Sedangkan hati ku bergendang gendut.

“ Waalaikumusalam. Dah sampai? Lepas ni ibu mms gambar anak kawan ibu tu. Ucu kena cari dia ye. Lepas tu, call ibu balik untuk pastikan ucu dah jumpa orangnya. Ibu nak cakap dengan dia.” Ujar ibu ku tegas. Aku mengeluh setelah mematikan talian. Kelihatan Adif berjalan kearah ku sambil bercakap di telefon. Takkan mahluk asing ni kot? Oh tidak! Adif duduk berhadapan dengan ku di meja yang berlainan. Aku mencebik. Telefon ku mengalunkan lagu “Stereo Heart’ Gym Class Hero, menandakan ada mesej masuk. Debaran luar biasa kian hebat. Rasa takut untuk membuka mms dari ibu itu. Aku pejam mata dan menarik nafas sedalam-dalamnya. Mata ku buka perlahan-lahan lalu dengan lafaz bismillahirahmanirahim, aku membuka mms tersebut. Jantung ku umpama mahu melompat keluar saat mata ku menatap gambar mms dari ibu itu. Pantas aku mendongak dan pandangan ku bertembung dengan pandangan Adif. TIDAK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Adif turut terpana melihat ku. Dia bingkas bangun dan duduk dihadapan ku dimeja yang sama.

“ Don’t tell me you’re My mom friend’s daughter.” Ujar Adif dengan nada tidak percaya. Aku hilang kata-kata. Alunan lagu ‘Just So You Know’ Jesse Mccartne, mengejutkan ku. Panggilan dari ibu. Aku menarik nafas lalu menekan butang hijau.

“ Ibu, jadi nama anak kawan ibu tu, Adif Arfan?” Ujar ku ingin kepastian. Ibu ketawa lalu mengiyakan kenyataan ku.

“ Ucu dah jumpa dengan dia? Bagi ibu cakap dengan dia kejap.” Pinta ibu dengan bersungguh-sungguh. Aku menghulurkan telefon ku kepada Adif yang masih terkebil-kebil memandang ku.

“ Ibu aku nak cakap dengan kau.” Ujar ku perlahan. Adif pantas menyambut telefon itu dan menekupkan ke telinga.

“ Assalamualaikum mak cik.” Ucap Adif sambil memandang wajah ku. Aku mengeluh dan perasaan aku sukar untuk aku mengerti. Apa maksud semua ni? Betulkah hanya kebetulan? Berjumpa di Mall, same class, our new captain and now…my future husband? Tak masuk akal.

“ Yaya, your mom.” Ujar Adif perlahan. Aku tersentak. Perlahan-lahan aku menyambut telefon dari Adif. Wajah itu ku pandang hampa. Why must be him????

“ Ibu, so that’s it?” Ujar ku tanpa perasaan.

“ What do you mean, Ucu. Look here, he is the best guy that I’ve ever know. Trust me Ucu.” Ucap Ibu penuh harapan. Aku pandang wajah Adif yang turut memandang ku.

“ Since you know him that well..i have nothing to say.” Ujar ku perlahan. Adif mengeluh perlahan.

“ Ucu, hope that you can get along with him. He’s such a nice guy. Someday, you will love him for sure.” Ucap ibu membuatkan air mata ku hampir tumpah. Ibu begitu mempercayai kebahagiaan akan menjadi milik kami. Ibu, adakah ibu memahami hati anak mu ini? Dalam banyak—banyak lelaki di dunia ini, mengapa mesti Adif Arfan aka Mahluk Asing itu?

“ Hope so.” Ujar ku lalu cuba tersenyum. Namun aku tidak pasti senyuman itu senyuman yang ikhlas atau terpaksa.

“ So..have fun. Know him better, ok!” Pujuk ibu lagi. Aku menarik nafas panjang dan menghembusnya perlahan-lahan.

“ Ok.” Jawab ku ringkas. Talian dimatikan. Adif menunggu reaksi dari ku.

“ You know what’s your mom and my mom planning, right? So…what do you think?” Soal ku cuba mengetahui pendapat Adif pula.

“ Ya..i don’t really mind. As long as my mom happy. That’s it. How about you?” Tutur Adif perlahan dan menyoalku pula. Aku mengeluh.

“ I feel the same. Don’t you regret it someday?” Ujar ku lagi dengan beribu persoalan di kepala. Adif memadang ku dengan senyuman.

“ I’m not sure about that.” Ujar Adif jujur. Aku menarik nafas perlahan. Terasa sesak nafas ku saat ini bila memikirkan kemungkinan nanti hubungan kami akan berakhir dengan perpisahan. Tidak ada siapa yang tahu takdir Allah.

“ Don’t you have someone you love?” Soal ku perlahan. Adif memandang ku tanpa berkerdip. Aku mengatap bibir.

“ Don’t get me wrong, ok. I just want to know. If you have someone, then we have to cancel this childish planning. I don’t want to be a reason if you lost someone you love.” Ujar ku. Ahh!! For the first time I’m talking about lovey-dovey thing! It’s pissed me up!

“ If that the case, you don’t have to worry. I don’t have any.” Ujar Adif perlahan sambil tersenyum. Aku mengatap bibir. Tipu! Tak mungkin dia tiada girlfriend! Dia boleh dikatakan handsome dan juga dia seorang yang cerdik. It can’t be!

“ How about you?” Soal Adif pulak sambil memandang wajah ku. Aku ketawa. Rasa lucu bila soalan itu di tujukan untuk ku. Dahi Adif berkerut melihat reaksi ku.

“ Aku rasa aku tak perlu jawab soalan tu. Aku lapar dan dahaga ini. Cepat la order makanan.” Ujar ku lalu memanggil waiter yang lalu di meja kami.

“ Kenapa pulak? Kau tanya aku tadi, aku boleh jawab. Kenapa kau pulak tak boleh?” Soal Adif tidak puas hati. Aku ketawa geli hati. Lurus la pulak mahluk asing ni. Tak kena langsung dengan muka dia yang nampak macho tu.

“ Eleh, suka hati aku la nak jawab ke tak. Mulut aku kan. Lain la kalau aku cakap guna mulut kau. Itu lain cerita.” Seloroh ku dengan sengaja untuk membangkitkan kemarahan Adif. Waiter menghampiri kami dengan menu. Menu diserahkan kepada ku.

“ Saya nak mee goreng seafood tambah telur mata. Mee kasi pedas sikit. Minum, bagi saya ais milo tambah cincau. Nak ais krim chocolate chip jugak. Tapi hantar lewat sikit ye. Takut cair.” Ujar ku dengan wajah bercahaya. Aku lihat mulut Adif ternganga luas. Mak ai..minah ni makan ke melantak?

“ Yang kau ternganga tu kenapa? Tak nak makan?” Soal ku bila Adif tidak bersuara. Mungkin terkejut. Aku ketawa dalam hati. Jangan cakap kau menyesal pulak lepas ni sebab tahu your future wife ni kuat makan.

“ Ermm..bagi saya the tarik dan nasi goreng ayam. Nak sambal lebih ya.” Pinta Adif perlahan. Waiter tadi meninggalkan kami setelah mengambil order.

“ Aku hairan ye, kau makan banyak-banyak ni sampai ke mana ye? Nak kata kau ni gemuk, kering je. Ohh…aku tahu, kau makan sampai ke pipi. Sebab tu pipi kau tembam.” Ujar Adif diiringi gelak tawa. Aku mengatap bibir seraya meraba pipi ku yang membahang di usik sebegitu.

“ Kau ni memang sakit jiwa, tau tak. Yang aku hairan, macam mana my mom boleh berkenan sangat kat kau ni.” Ujar ku sinis. Adif memandang ku tanpa berkerdip. Aku kaget. Jantung ku berdegup kencang.

“ Ke..kenapa? Sa..salah ke aku cakap?” Ujar ku gementar. Adif ketawa melihat reaksi ku. Aku mengatap bibir geram.

“ Sebab apa your mom berkenan tu, aku tak boleh nak jawab. Dan aku pun hairan, kenapa my mom boleh pilih kau jadi calon menantu dia.” Tutur Adif pula enggan mengalah. Aku hilang kata-kata. Aku menoleh kearah lain. Sudah hilang idea mahu membalas kata-kata Adif. Waiter datang menghantar pesanan kami. Tanpa menunggu, aku terus meneguk air Milo cincau. Bulat mata Adif melihat ku.

“ Ni, Yaya. Dah baca doa ke belum?” Ujar Adif sinis. Aku tersentak. Alamak, aku haus betul sampai lupa lah nak baca doa.

“ Dah lah.” Bohong ku. Adif mengangkat kening tanda tidak percaya dengan kata-kata ku. Aku mengatap bibir.

“ Aku tak dengar pun.” Ujar Adif lagi. Ek eleh dia ni, itu pun nak kepoh. Tapi betul jugak. Dah jadi rutin baca doa before makan.

“ Aku baca dalam hati.” Dalih ku. Adif menadah tangan dan mengisyratkan aku menadah tangan juga. Adif membaca doa makan dan kami mula menjamu selera. Masing-masing membisu. Aku pun dah letih nak bertekak dengan dia. Usai makan mee, aku mengisyaratkan waiter agar menyediakan ais krim chocolate chip yang aku pesan tadi. Tidak lama kemudian, pesanan ku sampai. Aku tersenyum melihat ais krim yang terhidang cantik di hadapan ku. Namun belum sempat aku mencedok ais krim itu dengan sudu, Adif dengan selamba mencedok ais krim ku dengan sudunya. Aku mengecilkan mata ku kearahnya tanda protes. Adif buat-buat tak tahu malah mencedok sekali lagi dengan kuantiti yang besar membuatkan aku membulatkan mata ku kearahnya.

“ Youuuuuuuuuuuu…” Ujar ku dengan menekankan sedikit suara. Geram sungguh-sungguh aku dengan mahluk asing ni.

“ Eleh..kedekut. Itu pun nak berkira.” Usik Adif bila aku sudang memuncungkan mulut kedepan. Siap dapat guna untuk sangkut baju. Dengan selamba dia menyumbat ais krim itu kedalam mulut sekali gus. Aku mengatap bibir. Kau buat serangan hendap ya. Tak pe. Wait and see ok.

“ I bet, you never fall in love right?” Duga Adif perlahan. Aku tersentak. Macam mana dia boleh tahu? Ahlil nujum ke apa? Entah suku sakat nujum pak belalang kot!

“ So, what’s wrong with that?” Soal ku pulak tanpa menjawab soalan Adif. Aku jawab pun dia akan tahu juga akhirnya. Apa masalah nye kalau aku tak pernah bercinta? Bukan aku kacau kau pun.

“ Nothing.” Ujarnya ringkas. Aku mencedok ais krim lalu menyumbat ke mulut. Yummmyyyyy!!!

“ Jadi kau pernah lah.” Duga ku. Adif memandang ku dengan senyuman seolah mengiyakan kata-kata ku.

“ Yeah! So, what’s wrong with that?” Soal Adif pulak membalas dengan menggunakan ayat sebijik dengan ayat ku. Dia ni, nak kena lah.

“ Nothing wrong! Pay the bill, ok. Aku tak bawa duit.” Ujar ku lalu bangkit. Adif ternganga. Dia mengatap bibir bila aku terus berlalu. Minah ni memang nak kena. Adif bingkas ke kuanter untuk membuat pembayaran. Setelah itu dia menapak keluar dari café tersebut lalu melangkah ke bus stop. Dia memandang ku yang ingin menyeberang jalan raya untuk ke bus stop di seberang sana.

“ Yaya, kan ada jejantas. Buat apa nak bahayakan diri.” Ujar Adif lalu menghampiri ku. Aku menoleh kearahnya.

“ Suka hati aku lah. Yang kau sibuk ni kenapa?” Ujar ku tidak puas hati. Adif dengan selamba menarik lengan ku agar mengikuti langkahnya ke jejantas. Aku mulanya enggan, tapi bila melihat orang sekeliling memandang pelik kearah kami, aku akhirnya akur.

“ Mak ai…tinggi dan banyak nye tangga ni. Kenapa nak buat jejantas ni tinggi-tinggi dan banyak tangga yek?” Ujar ku protes kerana letih naik dan kemudian turun tangga lagi.

“ Biar lambat, asal selamat.” Ujar Adif lagi tegas.

“ Tahulah. Tapi kalau dah ditakdirkan aku jatuh tangga sekarang ni, tak selamat jugak kan?” Ujar ku dengan jelingan. Adif menggelengkan kepala.

“ Yaya, kalau kau nak sangat menyeberang jalan tu jugak, kau turun balik dan buat la apa yang kau suka.” Tegas Adif membuatkan aku tidak berani bersuara lagi. Hot temper jugak mamat ni. Mahluk asing, katakan.

Monday, October 3, 2011

I Hate You But I Love You 3


Aku menapak ke blok kuliah. Rambut ku yang paras bahu agak kusut ditiup angin. Nasib baik aku tak terbang sebab angin petang ni aku rasa kuat semacam je. Tubuh ku memang kecil molek. Tu le pasal, masa angin kuat macam ni..aku mengelabah. Takut-takut terbang di bawa angin. Hari ini aku ada kelas BL (Bisness Law). Kuliah yang membolehkan aku bersemangat untuk datang awal. Aku pasti Wahi, Samy dan Wawa masuk lewat ke bilik kuliah lagi. Memang mereka ni suka kasi Prof. Sofea naik hangin.

“ Yo!” Aku menoleh. Yo yo pulak dah. Bagi salam ke, ni tak, yo yo. Kang ku tunjal-tunjal dahi tu kang, padan muka.

“ Dah tak reti nak bagi salam ke? Banyak la kau punya yo!” Kutuk ku pada Wahi yang tersinggih-singgih. Awal pulak minah ni hari ni. Aku menoleh kiri-kanan.

“ Relex la, beb!” Ujar Wahi lalu memicit hidung ku. Aku menepis lembut tangannya.

“ Wawa dan Samy?” Soal ku bila tidak melihat kelibat sahabat ku yang dua orang itu.

“ Samy dan Wawa masih dekat parking. Jom, kita pergi dulu. Hari ini dalam sejarah kite orang datang awal. Aku tak tahulah, macam ada semangat luar biasa je. Lepas ni mesti hari-hari punye kite orang datang awal.” Ujar Wahi lalu memeluk bahu ku lalu berjalan seiringan. Aku ketawa. Banyak la kau punya semangat luar biasa Wahi. Bagus juga. mesti Prof Sofea buat muka terkejut hari ini.

“ Iye sangat lah tu. Jangan hari ni aje dah lah.” Ujar ku kurang percaya dengan kata-kata Wahi itu. Wahi mengepit lagi aku rapat padanya.

“ Hish kau ni! Jauh sikit. Rimas tau tak!” Kutuk ku dengan senyuman.

“ Assalamualaikum…” Sapa satu suara yang jarang-jarang di dengar. Siapa yek? Kami berdua pantas menoleh.

“ Waalaikummusalam..” Balas aku dan Wahi hampir serentak. Kedua-dua nya membulatkan mata melihat si empunya suara.

“ Kita jumpa lagi. Kecilkan, dunia ni..” Ujar lelaki itu dengan senyuman penuh makna. Aku mengatap bibir manakala Wahi sudah pucat muka.

“ So what?” Bentak ku lalu ingin berpaling. Namun lelaki itu selamba je memaut bahu aku. Aku menepis tangannya kasar.

“ Woi! Kau ni memang sengaja nak cari pasal dengan aku kan?” Sergah ku kasar. Lelaki itu menggelengkan kepala. Wahi sudah menahan tangan ku yang sudah menapak selangkah ke hadapan. Bimbang aku bertindak menyerang mamat itu.

“ Nope! Saya tak ada masa nak cari pasal dengan orang yang tak berapa nak betul macam awak ni. Got it?” Ujar lelaki itu sinis. Aku mengatap bibir. Mulut mamat ni memang nak kena cili. Geramnyaaaaaaaaaaaaaa!!!

“ Sakit jiwa!!” Ujar ku lalu menghadiahkan tumbukan sulung ku tepat di bahagian perutnya. Aku tersenyum puas bila mendengar lelaki itu mengaduh kesakitan. Wahi sudah terpana lalu menarik tangan aku dan meninggalkan mamat itu.

“ Kau dah gila! Kau ni tak serik-serik lagi ke? Dia dah warning hari tu, yang dia tak akan lepaskan kau. Kau tu perempuan. Beb! Even kau rasa kau boleh handle dia, but still you’re a girl. Remember that, ok! I’m worry about you.” Ujar Wahi yang sudah hilang sabar dengan tingkah ku. Aku hanya menadah telinga mendengar ceramah Wahi. Bukan aku tak tahu dengan si Wahi ni. Dia ni cepat sangat mengelabah. Hal kecil je tu.

“ Wahi, dia kutuk aku tau. Kalau dia tak kutuk aku, aku boleh tolak ansur. Dia tu memang kurang perisa. Nak kena sangat lah tu. Padan muka!” Ujar ku lalu duduk menghadap Wahi. Buku-buku nota aku keluarkan dari beg. Buat preparation before class. Aku melambai tangan kearah Samy dan Wawa yang baru masuk.

“ Korang memang cipta sejarah hari ni.” Ujar ku lancar. Wahi hanya menggelengkan kepala melihat reaksi ku yang enggan mengambil pusing dengan leterannya.

“ Hahaha…well..jom kita lihat muka terkejut Prof Sofea.” Ujar Wawa lalu duduk di sebelah Samy sebaris dengan tempat duduk aku dan Wahi. Pandangan ku jatuh pada Prof Sofea yang sudah melangkah masuk. Seisi dewan kuliah kembali senyap dan hanya kedengaran detikkan jam di dinding.

“ Morning Madam.” Ucap kami hampir serentak. Prof Sofea memerhati wajah setiap satu penuntutnya. Wajahnya sedikit berubah apabila melihat kearah Samy, Wawa dan Wahi.

“ Morning. Triple troublemaker..i’m impress today. This is for the first time I saw you guy coming here on time. That’s good.” Ujar Prof Sofea dengan senyuman. Itu pun senyum yang boleh dikatakan senyuman singkat dan boleh juga di kategorikan dalam senyuman yang kurang menarik.

“ Ok class, hari ini kita ada transfer student. Please come in.” Ujar Prof Sofea lalu berpaling kearah pintu masuk. Seorang lelaki melangkah masuk dengan senyuman. Aku terkesima. Wahi sudah menyiku lengan ku. Samy dan Wawa memandang kearah ku. Aku mengatap bibir.

“ This is our new friend. Best student from UKM. Please introduce yourselt gentlemen.” Ujar Prof Sofea dengan lancar. Lelaki itu tersenyum dan memandang kehadapan.

“ My Name is Adif Arfan, transfer student from UKM. Sila beri tunjuk ajar.” Ujar lelaki itu ramah. Aku hampir pecah ketawa. Apa kes? Huh! Hari-hari aku pasti akan menjadi serabut jika aku tengok muka dia tu hari-hari. This is my bad luck!

“ Adif, please have a seat.” Ujar Prof Sofea lalu memulakan sesi pembelajaran. Lelaki itu berjalan melimpasi tempat duduk yang diduduki aku namun langkahnya tiba-tiba berhenti.

“ Gotcha!” Ujarnya pada ku lalu duduk betul-betul dibelakang ku. Aku mengatap bibir.

“ You owe me a lot, baby!” Ujar Adif Arfan itu perlahan. Aku dapat rasakan bulu tengkuk ku berdiri. Arg!! Mamat ni memang nak kena! Sepanjang penerangan Prof Sofea, aku kurang menumpukan perhatian kerana aku dapat merasakan mahluk asing dibelakang aku itu memerhatikan aku sepanjang masa. Setiap pergerakkan aku terasa kaku. Usai kelas Business Law tamat, aku pantas mengemas buku nota kedalam beg.

“ Fatiha, boleh tunggu sebentar dan awak juga, Adif.” Ujar Prof Sofea tetiba. Aku tersentak.

“ Hah?” Dengan muka blurr aku menapak kearah Prof Sofea. Adif turut berdiri disebelah ku. Wahi, Samy dan Wawa mula menapak keluar dan member isyarat yang mereka menunggu ku di tempat biasa. Aku sekadar menganggukkan kepala.

“ Fatiha, saya nak awak dan Adif buat something for our faculty event end of this month. I leave it to boths of you to dicided about that event.” Ujar Prof Sofea tegas. Aku telan air liur. Kenapa mesti mahluk asing ni? Aku menggaru kepala yang tidak gatal.

“ Any problem, Fatiha?” Soal Prof Sofea kepada ku yang masih blurr itu. Aku tersentak.

“ Hah! Oh, no madam. I’ll do my best.” Ujar ku laju dek perasaan terkejut.

“ How about you, Adif?” Soal Prof Sofea pula. Adif menggelengkan kepala.

“ Nope!” Ujar Adif ringkas. Prof Sofea menganggukkan kepala.

“ If boths of you need anything, just count on me.” Ujar Prof Sofea lalu berlalu meninggalkan kami berdua.

“ See…even kau nak lari dari aku, still kita akan di pertemukan. What do you think? It’s not easy for you to run away from me right now.” Ujar Adif angkuh. Aku mengatap bibir.

“ I’m not running away, ok! And don’t you ever think that I’m afraid of you.” Ujar ku lalu meninggalkan mahluk asing itu. Aku terus menapak ke café dimana kawan-kawan ku berada.

“ That sound good. Good luck!” ujar Adif sambil melihat pemergian ku dengan senyuman penuh makna.

“ Apa hal tadi? Cecite?” Ujar Samy tidak sabar. Wahi memandang wajah ku yang penuh emosi itu.

“ Argggg!! Mahluk asing tu memang nak kena tanam underground!” Marah ku sambil menghempas punggung di kerusi tanda protes.

“ Mahluk asing? Mahluk asing mana pulak?” Soal Samy blurr. Aku mengatap bibir. Wajah Samy ku jeling tajam.

“ Mamat handsome tu ke? Oh…” Samy membuat kesimpulan sendiri manakala Wawa siap mencubit lengan Samy. Samy mengaduh kesakitan.

“ Dia tak akan lepaskan kau macam tu aje tau. Beb, aku dah cakapkan. Kau tu degil sangat. Tengok, apa jadi sekarang ni?” Leter Wahi. Aku mengatap bibir.

“ Masalahnya sekarang ni, bukan aku yang mulakan dulu. Lagi pun, takkan aku nak biarkan dia kenakan aku. And one more thing, Prof Sofea siap bagi tugasan untuk kami berdua. Buat sama-sama. Can you all imagine? It’s ridiculous!” Ujar ku tidak puas hati.

“ What??” Soal Wahi, Wawa dan Samy hampir serentak.

“ Habis la kau, beb! Dia kasi kenakan kau kaw kaw punya!” Ujar Wahi dengan wajah risau. Aku mengatap bibir. Aku tidak akan sekali membiarkan perkara itu terjadi.

“ I can handle him for sure, you all no need to worry, ok.” Ujar ku yakin. Wahi memandang wajah ku dan keluhan dilepaskan perlahan.

“ Hati-hati, beb. Aku risau tau.” Ujar Wahi masih menyuarakan keresahan dihatinya. Aku memaut bahunya dekat pada ku.

“ Wahi, aku tahu kau sayang sangat kat kawan kau ni. Jangan risau. Aku tahu nak buat apa dengan mahluk asing tu. Apa kata kita lupakan dia sementara perut aku ni terlebih lapar. Kang takde selera pulak. Naiya.” Ujar ku cuba membuang jauh-jauh keresahan di hati Wahi. Kami memesan makanan dan terus menjamu selera setelah pesanan sampai. Selepas ini kami akan bergerak ke Arena Sukan untuk perjumpaan team Eagle dan berjumpa dengan captain baru. Agak-agak, mamat yang ganti senior Adam tu power giler ke? Satu je aku minta, jangan la dia tu macam si mahluk asing tu. Kalau tak, letih aku nak melayannya.

I Hate You But I Love You 2

Bangunan Arena Sukan itu gamat dengan sorakkan pengemar futsal yang menyokong team pilihan mereka. Aku gemar dengan team Eagle yang di bimbing oleh abang Zain. Senior aku di UITM Shah Alam. Kapten mereka Abang Adam yang akan berpindah ke England bulan depan bagi menyambung pelajaran nye ke tahap Master in Engineering. Pasti semua peminat Abang Adam akan merindui mamat yang ceria dan suka berjenaka itu. Aku turut bersorak apabila team Eagle menjaringkan gol kemenangan mereka.

“ Beb! Abang Zain panggil kau tu.” Ujar Wahi lalu memuncungkan mulut pada Abang Zain yang melambaikan tangan pada ku. Aku tersenyum lalu membalas lambaian tangannya padaku. Abang Zain menghampiri ku.

“ Al, aku ada big request dengan kau nih.” Ujar Abang Zain penuh makna. Aku kaget namun senyum ku lempar jua.

“ Wats up bro? Ala..no hal la..cakap je..insyallah wa tolong sama lu.” Ujar ku dengan muka poyo. Wahi meluku kepala ku. Aduh! Mak ai..minah ni..aku backhand baru tau!

“ Walawei…kepala jangan buat main ok.” Marah ku dengan muka serius. Wahi hanya ketawa sambil mengangkat tangan tanda surrender.

“ Korang nih..erm..macam ni Al..abang nak mintak Al jadi pengurus team abang. Next month kapten baru dari pertukaran pelajar akan datang mendaftar. So, abang nak Al dan dia uruskan team ni. Just for six month je. Bukan apa, abang nak berehat sekejap for final exam. Bolehkan?” Ujar Abang Zain bersungguh-sungguh. Bersinar-sinar mata ku memandang wajah abang Zain. Biar betul? Betul ke nih???

“ Abang jangan gurau dengan saya bang. Naiya abang nanti!” Ujar ku masih tidak percaya.

“ Al, abang serius ni. Tak de nye main-main. Lagi pun sebelum ni pun Al pernah tolong abang sekali kan?” Ujar abang Zain dengan senyuman. Aku mengatap bibir.

“ Ok..set..no problema! Beres!” Ujar ku teruja. Wahi memeluk bahuku. Turut gembira untuk ku.

“Minggu depan dah boleh mula. Sebab kapten baru tu akan datang awal sikit untuk suaikan diri dengan member Eagle yang lain. Dari yang abang dengar, dia tu ex team Shark yang menang liga futsal antara universiti last year. Dia juga merupakan kapten team Shark. Dia berbakat besar dalam arena sukan futsal ni. So, abang harap korang boleh bimbing team ni baik-baik. Abang akan selalu singgah ke sini dan kalau ada apa-apa hal tu, call abang saja.” Ujar abang Zain panjang lebar.

“ Ok set, bro!! No worry ok!” Ujar ku dengan muka riang. Mesti best punya!! Wa…rindu dengan member Eagle.

Petang itu, aku balik agak lewat ke rumah ku. Kehadiran aku di sambut oleh ibu dengan senyuman penuh makna. Aku kaget. Ni mesti ada apa-apa ni. Aku buat muka selamba.

“ Ucu, mama nak cakap sikit ni.” Ujar mama lalu meraih lengan ku dan menarik ku mengikuti langkahnye ke ruang tamu.

“ Duduk.” Ujarnya sepatah. Aku akur. Dia duduk di sebelah ku sambil mengusap tangan ku lembut. Ni apa ke hal la mama ni? Aku makin hairan.

“ Minggu ni Ucu free tak?” Hurm…ayat ni dah biasa dengar. Mungkinkah?? Tidak!!!

“ Ermmm…tak free mama. Sebab Ucu ada hal dengan team Eagle. Ucu take over Abang Zain place to conduct his team for 6 month.” Ujar ku lancar. Bulat mata mama memandang ku.

“ You what?? Ucu..awak ni perempuan tau tak. Mama tak kira, Ucu kena ikut mama juga hari tu.” Tegas mama yang sudah naik radang dengan alasan ku.

“ Mama, Ucu dah janji dengan abang Zain. Mama sendiri yang cakap kita mesti berpegang pada janji.” Ujar ku membela diri.

“ Itu lain Ucu.” Bangkang mama. Aku mengatap bibir.

“ Apa yang lain nye mama? Janji tetap janji.” Tegas ku.

“ Budak ni! Dengar cakap mama Ucu. Mama tak suka Ucu terlibat dalam futsal ni. Ucu ni perempuan tau. Kalau Ucu ni lelaki, mama tak kisah.” Ujar Mama dengan amarahnya.

“ Apa yang kecoh-kecoh ni?” Soal Babah yang baru turun dari tingkat atas dengan dahi berkerut.

“ Babah, Ucu dah janji dengan abang Zain nak tolong dia uruskan team futsal dia for 6 month. Tapi mama tak kasi. Mama suruh Ucu ikut dia minggu ni. Ucu tak boleh mungkir janji.” Aduku dengan muka sepuluh sen. Mama mengatap bibir.

“ Awak ni pun, biarlah dia. Lagi pun saya tahu kenapa awak beriya-iya nak Ucu ikut awak. Sudah-sudah la tu Bibah.” Ujar Babah mambela ku. Aku senyum hingga ke telinga. YES!!

“ Anak dan Babah pun sama. Suka hati la. Nanti kalau ada apa-apa jangan datang kat mama tau.” Ujar Mama tidak puas hati. Sudahnya aku memeluk Babah dan ciuman dihadiahkan di pipinya.

“ Dengan Syarat tau?” Ujar Babah tiba-tiba. Aku mencebik.

“ Kali ni aje tau. Lepas ni takde lagi cerita pasal futsal. You’ll be 22 years old. I want you to focus on your study. Lepas tu tolong Along dan Angah kat office.” Ujar Babah dengar muka tenangnya.

“ Promise Babah.” Ujar ku lalu membuat aksi tabik spring kat Babah. Babah hanya tersenyum.

“ Dah cepat mandi. Dah nak Maghrib ni.” Ujar Babah.

“ Ai..ai captain!” Ujar ku lalu berlari anak ke tingkat atas. Setiba di bilik, aku terus mencapai tuala dan berlalu ke bilik mandi. Selepas 20 minit, aku keluar dan mengenakan baju tidur. Azan Maghrib baru saja kedengaran. Aku cepat-cepat berwudhu’ dan turun ke ketingkat bawah setelah mengenakan telekung. Babah dan Mama setia menunggu ku untuk solat jemaah bersama-sama. Along dan Angah pun turut serta.

“ You’re late Ucu.” Ujar Angah yang sedia bertelekung. Aku mencebik. Along hanya mengelengkan kepala. Mama pun sama. Agaknye mama dah tak marah lagi. Yang pelik nye, kenapa mama sibuk-sibuk nak jodohkan aku sedangkan Angah tak? Itu yang buat aku hairan. Sedangkan umur Angah dah masuk 25 tahun. Pelik kan??? Solat Maghrib berjemaah dibimbing oleh Babah. Setelah itu, Qiamullai ringkas sebelum solat Ishak.

“ Kita makan dulu!” Ujar Angah yang seangkatan dengan ku dengan karenah gila-gilanya. Along sudah enggan ambil pusing dengan telatah adik-adiknya.

“ Angah, Ucu..kemas la tempat ni. Tolong Along. Kamu ni..” Tegur Along yang melipat sejadah. Mama sudah berlalu ke bilik dan mula berkemas untuk menyediakan makan malam. Aku dan Angah dengan ringan tulang menolong mama. Aku tahu mama masih marah padaku kerana peristiwa petang tadi. Aku mengatap bibir. Tidak bisa bertahan bila mama enggan bersuara, tersenyum dan ceria seperti selalu. Rasa bersalah menyelubungi hati ku. Aku merapati mama lalu menayang muka seposen.

“ Mama…masih marah pada Ucu ke?” Ujar ku perlahan. Mama hanya memandang wajah ku sekilas. Aku mengatap bibir.

“ Ok, lepas sesi latihan team Eagle, Ucu ikut mama. Boleh tak?” Ujar ku memancing reaksi mama. Along, Angah dan Babah hanya memandang kearah kami. Sepantas kilat mama menoleh pada ku.

“ Betul ke Ucu?” Soal Mama laju. Aku menganggukkan kepala. Mengiyakan kata-kata ku. Mama tersenyum riang.

“ Macam tu la…biar mama inform kawan mama dengan anaknya sekarang.” Ujar Mama pantas lalu menghilang ke ruang tamu. Sudah pastinya mama ingin memberitahu kawannya yang rancangan mereka akan berjalan seperti yang dirancang.

“ Ucu…entah-entah mamat tu macam actor kegemaran Ucu. Mana tahukan? Wajah seiras Kim Soo Hyun” Ujar Angah dengan senyuman.

“ Nanti Ucu cakap kat mama suruh Angah yang kawen dulu. Ini apa kes carikan jodoh untuk Ucu sedangkan Angah belum lagi.” Ujar ku tidak puas hati. Angah menepuk bahu ku.

“ Ucu ku sayang, Angah mu ini tengah tunggu masa lagi. Nasib baik la bakal abang ipar Ucu tu sambung belajar lagi. Kalau tak…gamat la mama tu nak kawenkan kita orang. Tu..tengok Along, mama tak risau pun.” Ujar Angah sambil memuncung bibir kearah Along.

“ Eh. Apa pulak Along. Along tak masuk dalam list kawen-kawen ni tau. Mama bagi kelonggaran untuk along cari sendiri. Nasib korang la..” Ujar Along. Babah hanya menjadi pendengar setia.

“ Tak aci la..” Protes ku.

“ Kenapa? Ucu sudah ada calon sendiri ke?” Soal Babah sambil memandang ku dengan senyuman. Aku pantas menggelengkan kepala.

“ Habis tu? Kenapa Ucu risau sangat? Mama korang tu saja je nak kenalkan korang dengan anak member dia. Manalah tahukan..” Ujar Babah perlahan. Memahami niat suci isterinya. Baginya, isterinya cukup teliti memilih calon menantu. Dia cuma ingin memastikan kebahagiaan anak-anaknya. Sebab itu la dia ingin melihat sendiri calon menantunya. Malah biar dia yang meneliti dahulu siapakah gerangan calon menantunya.

“Takde lah Babah, cuma Ucu rasa terlalu awal untuk Ucu fikir pasal tu. Ucu muda lagi tau…tengok nih..masak pun belum pass lagi..entah macam mana lah bakal suami Ucu nanti..entah makan entah tidak.” Ujar ku dengan muka simpati. Angah sudah tergelak mendengar kata-kata ku.

“ Babah, Along rasa, bagus juga kita kawenkan si Ucu ni sekarang. Lepas tu kasi dia kursus memasak. Nanti silap-silap suami yang comel lote boleh jadi kering macam cicak kobeng.” Ujar Along sengaja menyakat aku. Aku mencebik bibir tanda tidak puas hati.

“Hal tu boleh tangguh Along. Ni..perangai macam budak kecil tu yang kena ubah dulu. Nanti pening kepala bakal suami dia. Mana mama dan mana anak. Dua kali lima.” Ujar Babah diiringi gelak tawa Along dan Angah. Babah turut ketawa. Aku mengatap bibir.

“ Kalau macam tu, kawenkan la Ucu sekarang.” Ujar ku serius. Geram dan marah. Boleh juga dikatakan merajuk. Hehehehe..

“ Ucu nak kawen sekarang ke? Alhamdulillah…nanti ibu aturkan. Lepas konvo, Ucu kawen ya. Lagi pun bakal suami Ucu tak kisah. Korang tu sebaya.” Ujar ibu yang baru saja datang menyertai kami di meja makan.

“No…ibu, ucu main –main saja tadi. Don’t get me wrong ibu. I’m just kidding.” Ujar ku dengan wajah pucat lesi. Semakin galak Angah, Along dan Babah ketawa.

“ Sudah-sudah la tu…kasihan adik kamu tu. Kalau dia menangis, kita juga yang susah.” Ujar Babah dengan senyuman dan mengusap rambut ku. Aku tersenyum lebar. Sayang Babah.

“ Yang ibu nye tu, perlahan-lahan la sayang oi..budak ni masih mentah lagi..perkara kawen ni bukan untuk esok lusa je..kalau boleh untuk selama-lamanya.” Ujar Babah dengan senyuman. Namun terselit ketegasan di sebalik kata-katanya.

“ Abang ni pun..dulu masa mak ayah satukan kita, tak pulak abang cakap macam tu. Jumpa je terus kawen. Tak menyempat-nyempat.” Ujar Ibu dengan sedikit protes.

“ Awak ni..itu zaman dulu-dulu..sekarang ni zaman IT. Budak-budak sekarang ni memang semua dah ada calon sendiri. Kalau boleh nak cari sendiri. Saya tak halang awak buat macam tu pada Ucu. Tapi biarlah keputusan di tangan Ucu. Saya faham niat baik awak tu. Dan saya tahu yang lelaki pilihan awak tu baik. Malah terbaik, tapi biar Ucu yang tentukan semuanya atau pun bakal menantu awak tu. Nanti silap-silap menantu awak tu sudah ada calon sendiri. Merana anak kita sayang oi..” Jelas Babah panjang lebar. Ibu mengeluh.

“ Saya dah selidik abang oi…memang single. Hal tu abang jangan risau. Sebab bakal menantu saya tu sendiri yang cakap dia tu memang tak de sapa-sapa.” Jelas Ibu yakin. Aku memandang wajah ibu yang serius itu. Hati ku tiba-tiba pilu. Kalau benar lelaki itu mampu beri aku kebahagiaan, aku terima. Tapi biarlah kami bersua dan kenal-mengenali antara satu sama lain dahulu. Jika sebulat suara kami menerima satu sama lain, aku memang tiada bantahan.

“ Ibu, kalau dia pilihan ibu, dan kalau ibu yakin kami akan bahagia, Ucu terima. Tapi, Ucu nak kami berdua sebulat suara dalam hal ini. Ibu, Ucu percaya pada pilihan ibu.” Ujar ku dengan senyuman. Biar Babah dan Ibu tidak terus bimbang tentang aku. Walau siapa pun lelaki itu..aku harap dia mampu membahagiakan aku. Tidak! Kami akan dapat membahagiakan satu sama lain. Amin..

I Hate You But I Love You 1

Aku meredah hujan yang lebat dengan muka selamba. Biar pun ada mata-mata yang mungkin hairan melihat aku. Namun..apa aku kesah. Buang tabiat ke budak tu! Atau rasanya tak pernah tengok hujan kot! Kereta yang lalu lalang pulak siap simbah aku dengan air. Free jer kena baju. Kalau dapat claim..nak jugak aku claim. Kurang perisa betul la. Sampai dekat Mall, aku memang jadi artis popular. Semua mata tengok aku. Kalah artis terkemuka Malaysia, Siti Norhaliza. Hehehe..dah tu banjir pulak lantai Mall yang sedia berkilat tu. Patutla cleaner tu jeling aku semacam jer.

“ Woi! Ko ni mandi dekat pool ker?” Tegur Wahida. Ek eleh…dia ni. Mangkok hayun betul la.

“ Tak. Aku berpeluh satu badan.” Ambik kau! Wahida pecah ketawa. Aku menghadiahkan jelingan tak berapa maut kearahnya.

“ Patut la ada bau kurang manis kat sini.” Wahida senyum bersimpul - simpul. Kurang perisa betul la budak Wahi ni!

“ Wei. Ko marah ker? Sejak bila tukar jadi budak emo ni?” Ujar Wahi menayang muka sempoi.

“ Aku rasa la..kau ni dah mereng tak. Dah makan ubat ke belum?” Soal ku selamba. Wahi pecah ketawa.

“ Kutuk aku ye. Ko tengok kau nih! Buat show kat sini. Jom! Tukar baju. Takkan nak lepak macam tu. Tak de makne nye.” Ujar Wahi lalu menarik tangan ku.

“ Ko tunggu aku kat ladies. Nanti aku bawak baju.” Ujar Wahi lalu menghilang di celah-celah orang ramai. Aku dengan muka selamba berjalan ke arah ladies yang berhampiran. Namun..berdebuk!!! mak ai…sakit…sapa pulak yang pakai cermin mata gelap dalam tempat yang sikit punya terang nih. Aku mendongak melihat sapa yang kurang perisa tu agaknya. Hati ku tersentap namun aku beriak biasa dan buat muka garang. Padahal aku gentar juga sebab mamat tu sikit punya tough badan dia. Sekali dia hentam aku mahu penyek hidung aku nih!

“ Sikit punya besar tempat nih boleh jugak awak langgar orang ya? Mata tu letak mana? Kat kepala lutut ke apa?” Marah ku tanpa riak gentar. Namun aku ketawa di dalam hati melihat wajah lelaki itu yang nampak terkejut.

“ Sorry miss.” Ujar lelaki itu perlahan. Aku merengus lalu mengatur langkah meninggalkan lelaki itu.

“ But..one moment please.” Ujar lelaki itu tenang. Huh!! Betul la statement tu. ‘ Boy are stupid and some man too’ Hlovate 5 Tahun 5 Bulan. Aku berpaling semula. Lelaki itu menghampiri ku.

“ Ni apa hal lagi ni?” Soal ku kasar.

“ Kalau iye pun, awak pun patut minta maaf kat saya. Awak tu pun jalan tak tengok kiri kanan. Berat sangat ke nak minta maaf dekat orang.” Ujar lelaki itu berani. Mak ai..mamat ni memang nak kena.

“ Hello…why should I? Don’t waste my time ok.” Ujar ku lalu berlalu tanpa menoleh lagi. Mangkuk hayun betul la mamat tu. Aku melangkah ke masuk ke dalam ladies dan melihat wajah ku dari biasan cermin. Aku melihat jam di pergelangan tangan. Ni mana pulak minah kepoh nih! Bikin kacau saja.

“ Alo beb!! Nih baju kau. Aku siap beli baju untuk kau tau tak. Dan..kau nak tahu tak..ada sorang mamat tu..he pay for all this. He said that he know you. Hurm!! Sound interesting right!” Ujar Wahi dengan kening terangkat macam Ziana Zain.

“ What!! Siapa? Kau ada tanya nama dia?” Ujar ku ingin tahu.

“ Entah. Tak sempat tanya. But I bagi phone number you kat dia. As long as I know, he know you, beb. So..don’t main-main. Cakap siapa mamat handsome tu?” Ujar Wahi lalu meraih tangan ku dan meletakkan beg baju itu di atas tangan ku. Mata ku terkebil-kebil memandang kearahnya.

“ Ok fine! Jangan buat muka macam tu dulu. Dress up, ok!” Ujar Wahi lalu menolak tubuh ku masuk ke dalam toilet. Aku akur namun masih berfikir siapakah gerangan mamat yang baik hati tu. Argh!!! Kacau! Forget it!!

“ Beb!! Lama lagi ke?” Soal Wahi apabila sudah 15 minit aku belum keluar.

“ Mak ai..sabar ler. Aku rasa baju nih semacam je. Ni kau yang pilih ke? Ladies semacam jer!! Not my taste tau!!” Ujar ku lalu melangkah keluar. Aku melihat penampilan ku di cermin. Buruk!! Wahi sudah pecah ketawa apabila melihat baju ku yang beropol sana sini. Seluar tu boleh diterima jenis jeans. Tapi baju tu..mak ai..kena ketawa Wawa dan Samy lah nanti.

“ Ops!! Aku tak tahu pulak baju tu dah bertukar. Aku ambil baju kotak-kotak dan tshirt putih lepas tu jeans. Bila masa baju tu bertukar?” Ujar Wahi masih dengan sisa tawanya.

“ Tapikan, cute jugak kau bergaya macam nih.” Ujar Wahi seraya menjongkit keningnya.

“ Banyak kau punya cute!! Macam minah bunga saje aku tengok.” Komen ku lalu memusingkan badan ku. Pening kepala aku nih!

“ Aku pakai baju tadi saje lah. Tak selera nak pakai baju nih! Macam beruk mak ye ye aje lagaknye.” Ujar ku lalu masuk semula kedalam tandas. Wahi masih lagi ketawa.

“ Mesti mamat tu yang tukar baju tu. Tapi kenapa yek?” Soal Wahi dari luar. Aku tersentak.

“ Kau boleh terangkan macam mana muka dia? Tinggi ke? Putih ke?” Ujar ku lagi.

“ Er…good looking..handsome giler la..tinggi..kulit cerah sikit. Dia ni jenis orang simple. But nice…really nice..” Ujar Wahi. Aku mencebik. Siapa yek? Mesti orang tu sengaja nak kenakkan aku.

“ Dia pakai baju apa tadi? Warna apa?” Ujar ku lagi.

“ Err..tak perasan la pulak. Sebab aku melantak tengok muka dia tu tadi. Huh! Kalau dia tu pak we aku..aku kurung dalam almari je. Tak nak perempuan lain pandang or jeling sekali pun.” Ujar Wahi seperti sudah kemaruk lagaknya.

“ Kalau kau jumpa dia lagi, kau cakap kat aku tau. Aku nak soal siasat dia.” Ujar ku lagi.

“ Aisemen..kau nak marah dia ke ape?” Ujar Wahi. Aku melangkah keluar dari tandas. Baju yang agak sembap tu tetap ku sarung ke tubuh. Rasa kesejukkan la pulak.

“ Baju tadi cantik apa. Cute jer aku tengok kau pakai. Cerewet!” Marah Wahi.

“ Cerewet apa ke benda tu! Kalau aku bagi kau pakai..kau nak tak?” Ujar Ku sinis. Wahi pantas mengeleng kepala. Semakin kuat dia ketawa.

“ Kalau kau pakai macam beruk mak ye ye..aku pakai macam cipanzi jer.” Ketawa Wahi pecah lagi. Aku turut ketawa.

“ Jomla. Nanti bising si Samy dan Wawa tu.” Ujar ku lalu kami berdua melangkah keluar dari ladies. Setiba di tempat yang dijanjikan, aku dan Wahi mengangkat tangan pada Wawa dan Samy yang sedia menunggu di dalam restoran yang menjadi tempat kami lepak.

“ Wei…kata pukul 2.30. Ni dah pukul 3 suku..janji apa ni?” Ujar Wawa dengan muka berkerut. Wahi ketawa.

“ Kau tak tahu cerita, Wawa. Kawan kita nih…mandi sampai basah kuyup. Pergi tukar baju..ada mamat tu siap tukar baju dia jadi ladies giler..mau tak minah ni hangin.” Jelas Wahi sambil ketawa. Samy membulatkan mata.

“ Alamatnya..pendek umo la mamat tu.” Ujar Samy lalu turut ketawa.

“ Berani betul la mamat tu.” Tambah Wawa.

“ Tapikan..mamat tu kenal minah ni..tapi minah ni tak kenal dia. Kalau jumpa tu kenal kot.” Ujar Wahi rancak dengan wajah bersungguh-sungguh.

“ Dan…isi penting nye..mamat tu handsome and macho giler..senyum dia tu..killer habis. Aku pun boleh cair.” Ujar Wahi lagi. Aku dan Wawa mengelengkan kepala.

“ Mangkuk hayun betul la kau nih!” Ujar ku lalu melambai seorang pelayan untuk memesan minuman.

“ Bang, bagi soya + cincau satu..ice hancur ok!” Ujar ku dengan senyuman. Wahi mencebik.

“ Bang, bagi saya ribena sprite.” Ujar Wahi dengan senyuman.

“ Berbalik pada cerita kau tadi Wahi..kau kenal tak mamat tu? Satu area ke…luar area?” Ujar Samy seperti berminat.

“ Nak dijadikan cerita…mamat tu, aku tak kenal..jadi..mana la aku tahu dia tu local or tak. Mangkuk tingkat betul la kau nih!” Ujar Wahi selamba cicak. Aku dan Wawa pecah perut ketawa. Samy hanya menjeling pada Wawa yang turut ketawa.

“ Bengol la budak nih!” Gerutu Samy.

“ Boleh kata handsome macam tu ke mamat tadi tu, Wahi?” Ujar Samy tiba-tiba sambil memuncungkan mulut kearah orang yang dimaksudkan. Semua mata menoleh kearah belakang. Mulut ku terlopong. Mamat tu!

“ Aduh..serius nih! Memang itu la mamat handsome tu…” Ujar Wahi. Jantung ku berdegup kencang. Darah ku tiba-tiba mendidih. Kurang aji-no-moto la mamat tu. Aku memandang Wahida untuk kepastian.

“ Betul-betul ke nih?” Soal ku lalu bangkit. Wahida menarik tangan ku.

“ No…please..just let him go..useless..ok!” Pujuk Wahida penuh harapan. Aku tersenyum sumbing.

“ Yeah..not that easy!! I will give him a lesson…so, don’t worry..i will take care of everything.” Ujar ku lalu terus melangkah ke arah lelaki yang aku temui tadi. Selamba sahaja aku duduk dihadapannya. Dia sedikit tersentak dengan kehadiran ku. Dengan senyuman sinis aku menatap wajahnya.

“ Whats your problem bro? Huh!! Awak dah tak de kerja lain ke? Or dah bosan tahap nak duduk underground?” Ujar ku serius. Mak ai minah nih..dah la salam tak bagi. Tiba-tiba nak hangin kat sini. Ni mesti pasal baju tadi ni..

“ Waalaikumusalam…ye..apa boleh saya bantu cik?” Ujar lelaki itu sinis. Aku mengigit bibir menahan kemarahan. Mangkuk tingkat la mamat sorang nih! Nak kena backhand aje lagak nye. Aku ketawa sekerat-sekerat tanpa perasaan.

“ Buat lawak pulak dia…straight to the point la..aku malas nak kecoh-kecoh..and melalut sana sini..kau apa hal hah!! Aku ada kacau kau ke? Ada terasa hati ke? Ada aku kuis kau ke..calar mana-mana ker?” Ujar ku tenang. Lelaki itu pula yang ketawa sekerat-sekerat. Saja nak kasi hot temper aku cecah tahap bahaya.

Ada..kau kasi hati aku calar..sampai aku pun tak tau nak ubat macam mana lagi. Kau marah la ni?” Ujar dia lalu merenung mata ku tajam. Aku membalas pandangannya tanpa gentar.

“ What ever la, bro!! Aku just nak penjelasan. Kenapa kau tukar baju aku ke baju yang beruk mak ye ye pakai tu. Tak logik langsung la.” Ujar ku keras. Lelaki itu ketawa. Budak ni memang sempoi. Sempat dia buat lawak pulak. Macam tu ke baju beruk mak ye ye. Rasa nak ketuk dahi minah ni kasi sedar sedikit.

“ Wei! Beruk mak ye ye tu pakai baju ke? Aku baru tahu la.” Ujar lelaki itu sambil ketawa. Aku mengatap bibir. Geram. Hish!! Dia nih. Nak kena backhand betul la nih.

“ Adus!! Susah betul nak cakap dengan orang yang tak paham bahasa. Kau cakap aje, apa yang kau tak puas hati dengan aku. Senang aje kan? Jangan kasi kepala aku pening la. Banyak lagi benda lain yang aku nak fakir. Not just nonsense thing like this!” Ujar ku naik berang.

“ Woo..marah ke? Macam ni la. Aku saja nak kasi pengajaran pada kau. That’s all. Macam mana? Ok tak?” Ujar lelaki itu sinis. Aku bangkit dan sepantas kilat aku menyambar air teh ais limau yang tinggal setengah itu dan menyimbah ke mukanya. Dia turut berdiri. Semua mata tertumpu pada kami berdua.

“ Hope that you like it!” Ujar ku lalu pantas berlalu. Namun tak semena-mena tangan ku ditarik dari belakang.

“ I hate it! You ni kan..aku rasa nak rebus kau nih hidup-hidup. Manner tahap zero. Nak aku ajar kau ke?” Ujar lelaki itu garang. Aku merentap tangan ku kasar. Ek eh..suka hati dia je cakap aku punya manner tahap zero..yang dia tu bagus sangat la.

“ Helloooooo….i don’t need it. By the way, thanks. You simpan je buat pekasam. Aku tak nak la orang tu ajak kita berbahasa but dia pun sama 2 kali 5 sepuluh..cakap tak serupa bikin. Habuk pun tarak!!!” Ujar ku lalu berpaling meneruskan langkah ku.

“ Its not over yet, you will pay for this.” Ujar lelaki itu nyaring. Muka Wahida sudah pucat. Samy dan Wawa turut bangkit lalu menbayar bil. Ketiga-tiga sahabat itu membontoti langkah ku.

“ Beb! Biar betul kau nih?” Soal Wahi lalu menyaingi langkah ku. Aku memandang wajahnya sekilas.

“ Betul! Tiada yang salah..sume betol. Tahu!!” Ujar ku berang.

“ Aku sokong kau beb!” Ujar Samy.

“ Aku jugak!” Ujar Wawa.

“ Hish! Korang nih. Jangan la, lagipun..mungkin dia tak sengaja ke.” Ujar Wahi seperti resah. Bulat mata aku memandangnya.

“ Yang kau menangkan mamat tu kenapa?” Soal Samy hairan. Wawa menganggukkan kepala. Aku merengus.

“ Bukan aku bela dia. Aku Cuma takut lelaki itu balas balik nanti. Teruk tau.” Ujar wahi perlahan. Aku menarik nafas.

“ Leave it to me. So don’t wory, ok!” Ujar ku yakin.

“ Aku risaukan kau beb!” Ujar Wahi lembut.

“ Hey! Ini beb la. Tak de dalam kamus beb word takut or give up!” Ujar ku yakin.

“ Betul tu Wahi.” Sampuk Wawa.

“ I just remind you. Coz I care about you, beb.” Ujar Wahi. Dengan nada sentimental yang bisa cair aku dibuatnye. Wahi, kalau bab sentimental, memang aku kalah punya. Tak tahu la..dia ada sense la yang boleh buat orang cair dengan kata-katanye saja.

“ I know..” Ujar ku ringkas.

“ Please beb..” Ujar Wahi lembut. Hati ku tersentuh.

“ Yeah….fine! Puas hati?” Ujar ku mengalah akhirnya apabila melihat wajah sekupang Wahi. Wahi tersenyum dan memeluk bahu ku.

“ That’s my girl. Ok…lets go!” Ujar Wahi lalu kami berempat menapak ke tempat parkir kereta. Oleh kerana plan lepak di mall cancel..terpaksa tukar agenda.

“ So..nak gi mana nih?” Soal Samy.

“ Ermm..rasanya kita pergi tengok futsal nak?” Ujar Wawa. Aku dan Wahi pantas menganggukkan kepala.

“ Korang nih!” Uajr Samy lalu mengelengkan kepalanya. Minat aku, Wafi dan Wawa memang mengalahkan lelaki. Samy tu lagi la pening kepala bila kengkawan dia yang bukan sejenis nih minat futsal.

“ Kau ni pun…teman la kite orang pergi. Sebelum tu..kita ronda-ronda dulu. Biasa start pukul 5 petang kan!”Ujar ku lalu memandang reaksi teman-teman ku.

“ Set!!!” Sampuk Wawa dan Wahi serentak sambil membuat sign two thumbs up pada ku. Samy mengangkat tangan, mengaku kalah bila berdepan dengan tiga temannya –Charlie’s Angel-

“ Jomlah. Korang nih!” Ujar Samy atau Samirzam perlahan lalu menapak masuk ke keretanya. Aku dan Wahi masuk di bahagian belakang manakala Wawa duduk di hadapan bersama Samy.

“ Mula-mula kita pekena canai sardin kat warung Pak Mail. Sebab perut aku dah lapar giler. Ni semua gara-gara Mamat yang tetiba jer kacau hidup aku.” Ujar ku pada Samy.

“ Aku nak makan kebab Pak Mail.” Sampuk Wawa.

“ Aku pulak rojak buah.” Ujar Wahi sambil mengangkat kening.

“ Aku nak makan apa yek?” Ujar Samy sambil menghidupkan enjin kereta Viva putihnya.

“ Makan angin.” Perli Wawa. Aku dan Wahi mengekek ketawa.

“ Sampainye hati..suruh saya makan angin saja.” Ujar Samy seolah-olah merajuk. Aku ketawa sambil menekan perut sebab tidak tahan melihat muka sekupang Samy.

“ Saya gurau saja lah! Kita share kebab Pak Mail nanti la.” Pujuk Wawa perlahan.

“ Betul nih?” Soal Samy ceria semula. Wawa hanya menganggukkan kepala sambil tersenyum simpul. Aku dan Wahi berpandangan. Itulah lumrah orang bercinta. Merajuk..minta dipujuk. Mak ai..susah nak cakap la. Bak kata pak cik Astro tu ‘ Macam-macam ada’. Lepas tu dengan sekali pujuk sahaja sudah cair.