Monday, October 3, 2011

I Hate You But I Love You 2

Bangunan Arena Sukan itu gamat dengan sorakkan pengemar futsal yang menyokong team pilihan mereka. Aku gemar dengan team Eagle yang di bimbing oleh abang Zain. Senior aku di UITM Shah Alam. Kapten mereka Abang Adam yang akan berpindah ke England bulan depan bagi menyambung pelajaran nye ke tahap Master in Engineering. Pasti semua peminat Abang Adam akan merindui mamat yang ceria dan suka berjenaka itu. Aku turut bersorak apabila team Eagle menjaringkan gol kemenangan mereka.

“ Beb! Abang Zain panggil kau tu.” Ujar Wahi lalu memuncungkan mulut pada Abang Zain yang melambaikan tangan pada ku. Aku tersenyum lalu membalas lambaian tangannya padaku. Abang Zain menghampiri ku.

“ Al, aku ada big request dengan kau nih.” Ujar Abang Zain penuh makna. Aku kaget namun senyum ku lempar jua.

“ Wats up bro? Ala..no hal la..cakap je..insyallah wa tolong sama lu.” Ujar ku dengan muka poyo. Wahi meluku kepala ku. Aduh! Mak ai..minah ni..aku backhand baru tau!

“ Walawei…kepala jangan buat main ok.” Marah ku dengan muka serius. Wahi hanya ketawa sambil mengangkat tangan tanda surrender.

“ Korang nih..erm..macam ni Al..abang nak mintak Al jadi pengurus team abang. Next month kapten baru dari pertukaran pelajar akan datang mendaftar. So, abang nak Al dan dia uruskan team ni. Just for six month je. Bukan apa, abang nak berehat sekejap for final exam. Bolehkan?” Ujar Abang Zain bersungguh-sungguh. Bersinar-sinar mata ku memandang wajah abang Zain. Biar betul? Betul ke nih???

“ Abang jangan gurau dengan saya bang. Naiya abang nanti!” Ujar ku masih tidak percaya.

“ Al, abang serius ni. Tak de nye main-main. Lagi pun sebelum ni pun Al pernah tolong abang sekali kan?” Ujar abang Zain dengan senyuman. Aku mengatap bibir.

“ Ok..set..no problema! Beres!” Ujar ku teruja. Wahi memeluk bahuku. Turut gembira untuk ku.

“Minggu depan dah boleh mula. Sebab kapten baru tu akan datang awal sikit untuk suaikan diri dengan member Eagle yang lain. Dari yang abang dengar, dia tu ex team Shark yang menang liga futsal antara universiti last year. Dia juga merupakan kapten team Shark. Dia berbakat besar dalam arena sukan futsal ni. So, abang harap korang boleh bimbing team ni baik-baik. Abang akan selalu singgah ke sini dan kalau ada apa-apa hal tu, call abang saja.” Ujar abang Zain panjang lebar.

“ Ok set, bro!! No worry ok!” Ujar ku dengan muka riang. Mesti best punya!! Wa…rindu dengan member Eagle.

Petang itu, aku balik agak lewat ke rumah ku. Kehadiran aku di sambut oleh ibu dengan senyuman penuh makna. Aku kaget. Ni mesti ada apa-apa ni. Aku buat muka selamba.

“ Ucu, mama nak cakap sikit ni.” Ujar mama lalu meraih lengan ku dan menarik ku mengikuti langkahnye ke ruang tamu.

“ Duduk.” Ujarnya sepatah. Aku akur. Dia duduk di sebelah ku sambil mengusap tangan ku lembut. Ni apa ke hal la mama ni? Aku makin hairan.

“ Minggu ni Ucu free tak?” Hurm…ayat ni dah biasa dengar. Mungkinkah?? Tidak!!!

“ Ermmm…tak free mama. Sebab Ucu ada hal dengan team Eagle. Ucu take over Abang Zain place to conduct his team for 6 month.” Ujar ku lancar. Bulat mata mama memandang ku.

“ You what?? Ucu..awak ni perempuan tau tak. Mama tak kira, Ucu kena ikut mama juga hari tu.” Tegas mama yang sudah naik radang dengan alasan ku.

“ Mama, Ucu dah janji dengan abang Zain. Mama sendiri yang cakap kita mesti berpegang pada janji.” Ujar ku membela diri.

“ Itu lain Ucu.” Bangkang mama. Aku mengatap bibir.

“ Apa yang lain nye mama? Janji tetap janji.” Tegas ku.

“ Budak ni! Dengar cakap mama Ucu. Mama tak suka Ucu terlibat dalam futsal ni. Ucu ni perempuan tau. Kalau Ucu ni lelaki, mama tak kisah.” Ujar Mama dengan amarahnya.

“ Apa yang kecoh-kecoh ni?” Soal Babah yang baru turun dari tingkat atas dengan dahi berkerut.

“ Babah, Ucu dah janji dengan abang Zain nak tolong dia uruskan team futsal dia for 6 month. Tapi mama tak kasi. Mama suruh Ucu ikut dia minggu ni. Ucu tak boleh mungkir janji.” Aduku dengan muka sepuluh sen. Mama mengatap bibir.

“ Awak ni pun, biarlah dia. Lagi pun saya tahu kenapa awak beriya-iya nak Ucu ikut awak. Sudah-sudah la tu Bibah.” Ujar Babah mambela ku. Aku senyum hingga ke telinga. YES!!

“ Anak dan Babah pun sama. Suka hati la. Nanti kalau ada apa-apa jangan datang kat mama tau.” Ujar Mama tidak puas hati. Sudahnya aku memeluk Babah dan ciuman dihadiahkan di pipinya.

“ Dengan Syarat tau?” Ujar Babah tiba-tiba. Aku mencebik.

“ Kali ni aje tau. Lepas ni takde lagi cerita pasal futsal. You’ll be 22 years old. I want you to focus on your study. Lepas tu tolong Along dan Angah kat office.” Ujar Babah dengar muka tenangnya.

“ Promise Babah.” Ujar ku lalu membuat aksi tabik spring kat Babah. Babah hanya tersenyum.

“ Dah cepat mandi. Dah nak Maghrib ni.” Ujar Babah.

“ Ai..ai captain!” Ujar ku lalu berlari anak ke tingkat atas. Setiba di bilik, aku terus mencapai tuala dan berlalu ke bilik mandi. Selepas 20 minit, aku keluar dan mengenakan baju tidur. Azan Maghrib baru saja kedengaran. Aku cepat-cepat berwudhu’ dan turun ke ketingkat bawah setelah mengenakan telekung. Babah dan Mama setia menunggu ku untuk solat jemaah bersama-sama. Along dan Angah pun turut serta.

“ You’re late Ucu.” Ujar Angah yang sedia bertelekung. Aku mencebik. Along hanya mengelengkan kepala. Mama pun sama. Agaknye mama dah tak marah lagi. Yang pelik nye, kenapa mama sibuk-sibuk nak jodohkan aku sedangkan Angah tak? Itu yang buat aku hairan. Sedangkan umur Angah dah masuk 25 tahun. Pelik kan??? Solat Maghrib berjemaah dibimbing oleh Babah. Setelah itu, Qiamullai ringkas sebelum solat Ishak.

“ Kita makan dulu!” Ujar Angah yang seangkatan dengan ku dengan karenah gila-gilanya. Along sudah enggan ambil pusing dengan telatah adik-adiknya.

“ Angah, Ucu..kemas la tempat ni. Tolong Along. Kamu ni..” Tegur Along yang melipat sejadah. Mama sudah berlalu ke bilik dan mula berkemas untuk menyediakan makan malam. Aku dan Angah dengan ringan tulang menolong mama. Aku tahu mama masih marah padaku kerana peristiwa petang tadi. Aku mengatap bibir. Tidak bisa bertahan bila mama enggan bersuara, tersenyum dan ceria seperti selalu. Rasa bersalah menyelubungi hati ku. Aku merapati mama lalu menayang muka seposen.

“ Mama…masih marah pada Ucu ke?” Ujar ku perlahan. Mama hanya memandang wajah ku sekilas. Aku mengatap bibir.

“ Ok, lepas sesi latihan team Eagle, Ucu ikut mama. Boleh tak?” Ujar ku memancing reaksi mama. Along, Angah dan Babah hanya memandang kearah kami. Sepantas kilat mama menoleh pada ku.

“ Betul ke Ucu?” Soal Mama laju. Aku menganggukkan kepala. Mengiyakan kata-kata ku. Mama tersenyum riang.

“ Macam tu la…biar mama inform kawan mama dengan anaknya sekarang.” Ujar Mama pantas lalu menghilang ke ruang tamu. Sudah pastinya mama ingin memberitahu kawannya yang rancangan mereka akan berjalan seperti yang dirancang.

“ Ucu…entah-entah mamat tu macam actor kegemaran Ucu. Mana tahukan? Wajah seiras Kim Soo Hyun” Ujar Angah dengan senyuman.

“ Nanti Ucu cakap kat mama suruh Angah yang kawen dulu. Ini apa kes carikan jodoh untuk Ucu sedangkan Angah belum lagi.” Ujar ku tidak puas hati. Angah menepuk bahu ku.

“ Ucu ku sayang, Angah mu ini tengah tunggu masa lagi. Nasib baik la bakal abang ipar Ucu tu sambung belajar lagi. Kalau tak…gamat la mama tu nak kawenkan kita orang. Tu..tengok Along, mama tak risau pun.” Ujar Angah sambil memuncung bibir kearah Along.

“ Eh. Apa pulak Along. Along tak masuk dalam list kawen-kawen ni tau. Mama bagi kelonggaran untuk along cari sendiri. Nasib korang la..” Ujar Along. Babah hanya menjadi pendengar setia.

“ Tak aci la..” Protes ku.

“ Kenapa? Ucu sudah ada calon sendiri ke?” Soal Babah sambil memandang ku dengan senyuman. Aku pantas menggelengkan kepala.

“ Habis tu? Kenapa Ucu risau sangat? Mama korang tu saja je nak kenalkan korang dengan anak member dia. Manalah tahukan..” Ujar Babah perlahan. Memahami niat suci isterinya. Baginya, isterinya cukup teliti memilih calon menantu. Dia cuma ingin memastikan kebahagiaan anak-anaknya. Sebab itu la dia ingin melihat sendiri calon menantunya. Malah biar dia yang meneliti dahulu siapakah gerangan calon menantunya.

“Takde lah Babah, cuma Ucu rasa terlalu awal untuk Ucu fikir pasal tu. Ucu muda lagi tau…tengok nih..masak pun belum pass lagi..entah macam mana lah bakal suami Ucu nanti..entah makan entah tidak.” Ujar ku dengan muka simpati. Angah sudah tergelak mendengar kata-kata ku.

“ Babah, Along rasa, bagus juga kita kawenkan si Ucu ni sekarang. Lepas tu kasi dia kursus memasak. Nanti silap-silap suami yang comel lote boleh jadi kering macam cicak kobeng.” Ujar Along sengaja menyakat aku. Aku mencebik bibir tanda tidak puas hati.

“Hal tu boleh tangguh Along. Ni..perangai macam budak kecil tu yang kena ubah dulu. Nanti pening kepala bakal suami dia. Mana mama dan mana anak. Dua kali lima.” Ujar Babah diiringi gelak tawa Along dan Angah. Babah turut ketawa. Aku mengatap bibir.

“ Kalau macam tu, kawenkan la Ucu sekarang.” Ujar ku serius. Geram dan marah. Boleh juga dikatakan merajuk. Hehehehe..

“ Ucu nak kawen sekarang ke? Alhamdulillah…nanti ibu aturkan. Lepas konvo, Ucu kawen ya. Lagi pun bakal suami Ucu tak kisah. Korang tu sebaya.” Ujar ibu yang baru saja datang menyertai kami di meja makan.

“No…ibu, ucu main –main saja tadi. Don’t get me wrong ibu. I’m just kidding.” Ujar ku dengan wajah pucat lesi. Semakin galak Angah, Along dan Babah ketawa.

“ Sudah-sudah la tu…kasihan adik kamu tu. Kalau dia menangis, kita juga yang susah.” Ujar Babah dengan senyuman dan mengusap rambut ku. Aku tersenyum lebar. Sayang Babah.

“ Yang ibu nye tu, perlahan-lahan la sayang oi..budak ni masih mentah lagi..perkara kawen ni bukan untuk esok lusa je..kalau boleh untuk selama-lamanya.” Ujar Babah dengan senyuman. Namun terselit ketegasan di sebalik kata-katanya.

“ Abang ni pun..dulu masa mak ayah satukan kita, tak pulak abang cakap macam tu. Jumpa je terus kawen. Tak menyempat-nyempat.” Ujar Ibu dengan sedikit protes.

“ Awak ni..itu zaman dulu-dulu..sekarang ni zaman IT. Budak-budak sekarang ni memang semua dah ada calon sendiri. Kalau boleh nak cari sendiri. Saya tak halang awak buat macam tu pada Ucu. Tapi biarlah keputusan di tangan Ucu. Saya faham niat baik awak tu. Dan saya tahu yang lelaki pilihan awak tu baik. Malah terbaik, tapi biar Ucu yang tentukan semuanya atau pun bakal menantu awak tu. Nanti silap-silap menantu awak tu sudah ada calon sendiri. Merana anak kita sayang oi..” Jelas Babah panjang lebar. Ibu mengeluh.

“ Saya dah selidik abang oi…memang single. Hal tu abang jangan risau. Sebab bakal menantu saya tu sendiri yang cakap dia tu memang tak de sapa-sapa.” Jelas Ibu yakin. Aku memandang wajah ibu yang serius itu. Hati ku tiba-tiba pilu. Kalau benar lelaki itu mampu beri aku kebahagiaan, aku terima. Tapi biarlah kami bersua dan kenal-mengenali antara satu sama lain dahulu. Jika sebulat suara kami menerima satu sama lain, aku memang tiada bantahan.

“ Ibu, kalau dia pilihan ibu, dan kalau ibu yakin kami akan bahagia, Ucu terima. Tapi, Ucu nak kami berdua sebulat suara dalam hal ini. Ibu, Ucu percaya pada pilihan ibu.” Ujar ku dengan senyuman. Biar Babah dan Ibu tidak terus bimbang tentang aku. Walau siapa pun lelaki itu..aku harap dia mampu membahagiakan aku. Tidak! Kami akan dapat membahagiakan satu sama lain. Amin..

No comments:

Post a Comment