Aku meredah hujan yang lebat dengan muka selamba. Biar pun ada mata-mata yang mungkin hairan melihat aku. Namun..apa aku kesah. Buang tabiat ke budak tu! Atau rasanya tak pernah tengok hujan kot! Kereta yang lalu lalang pulak siap simbah aku dengan air. Free jer kena baju. Kalau dapat claim..nak jugak aku claim. Kurang perisa betul la. Sampai dekat Mall, aku memang jadi artis popular. Semua mata tengok aku. Kalah artis terkemuka
“ Woi! Ko ni mandi dekat pool ker?” Tegur Wahida. Ek eleh…dia ni. Mangkok hayun betul la.
“ Tak. Aku berpeluh satu badan.” Ambik kau! Wahida pecah ketawa. Aku menghadiahkan jelingan tak berapa maut kearahnya.
“ Patut la ada bau kurang manis kat sini.” Wahida senyum bersimpul - simpul. Kurang perisa betul la budak Wahi ni!
“ Wei. Ko marah ker? Sejak bila tukar jadi budak emo ni?” Ujar Wahi menayang muka sempoi.
“ Aku rasa la..kau ni dah mereng tak. Dah makan ubat ke belum?” Soal ku selamba. Wahi pecah ketawa.
“ Kutuk aku ye. Ko tengok kau nih! Buat show kat sini. Jom! Tukar baju. Takkan nak lepak macam tu. Tak de makne nye.” Ujar Wahi lalu menarik tangan ku.
“ Ko tunggu aku kat ladies. Nanti aku bawak baju.” Ujar Wahi lalu menghilang di celah-celah orang ramai. Aku dengan muka selamba berjalan ke arah ladies yang berhampiran. Namun..berdebuk!!! mak ai…sakit…sapa pulak yang pakai cermin mata gelap dalam tempat yang sikit punya terang nih. Aku mendongak melihat sapa yang kurang perisa tu agaknya. Hati ku tersentap namun aku beriak biasa dan buat muka garang. Padahal aku gentar juga sebab mamat tu sikit punya tough badan dia. Sekali dia hentam aku mahu penyek hidung aku nih!
“ Sikit punya besar tempat nih boleh jugak awak langgar orang ya? Mata tu letak mana? Kat kepala lutut ke apa?” Marah ku tanpa riak gentar. Namun aku ketawa di dalam hati melihat wajah lelaki itu yang nampak terkejut.
“ Sorry miss.” Ujar lelaki itu perlahan. Aku merengus lalu mengatur langkah meninggalkan lelaki itu.
“ But..one moment please.” Ujar lelaki itu tenang. Huh!! Betul la statement tu. ‘ Boy are stupid and some man too’ Hlovate 5 Tahun 5 Bulan. Aku berpaling semula. Lelaki itu menghampiri ku.
“ Ni apa hal lagi ni?” Soal ku kasar.
“ Kalau iye pun, awak pun patut minta maaf kat saya. Awak tu pun jalan tak tengok kiri kanan. Berat sangat ke nak minta maaf dekat orang.” Ujar lelaki itu berani. Mak ai..mamat ni memang nak kena.
“ Hello…why should I? Don’t waste my time ok.” Ujar ku lalu berlalu tanpa menoleh lagi. Mangkuk hayun betul la mamat tu. Aku melangkah ke masuk ke dalam ladies dan melihat wajah ku dari biasan cermin. Aku melihat jam di pergelangan tangan. Ni mana pulak minah kepoh nih! Bikin kacau saja.
“ Alo beb!! Nih baju kau. Aku siap beli baju untuk kau tau tak. Dan..kau nak tahu tak..ada sorang mamat tu..he pay for all this. He said that he know you. Hurm!! Sound interesting right!” Ujar Wahi dengan kening terangkat macam Ziana Zain.
“ What!! Siapa? Kau ada tanya nama dia?” Ujar ku ingin tahu.
“ Entah. Tak sempat tanya. But I bagi phone number you kat dia. As long as I know, he know you, beb. So..don’t main-main. Cakap siapa mamat handsome tu?” Ujar Wahi lalu meraih tangan ku dan meletakkan beg baju itu di atas tangan ku. Mata ku terkebil-kebil memandang kearahnya.
“ Ok fine! Jangan buat muka macam tu dulu. Dress up, ok!” Ujar Wahi lalu menolak tubuh ku masuk ke dalam toilet. Aku akur namun masih berfikir siapakah gerangan mamat yang baik hati tu. Argh!!! Kacau! Forget it!!
“ Beb!! Lama lagi ke?” Soal Wahi apabila sudah 15 minit aku belum keluar.
“ Mak ai..sabar ler. Aku rasa baju nih semacam je. Ni kau yang pilih ke? Ladies semacam jer!! Not my taste tau!!” Ujar ku lalu melangkah keluar. Aku melihat penampilan ku di cermin. Buruk!! Wahi sudah pecah ketawa apabila melihat baju ku yang beropol
“ Ops!! Aku tak tahu pulak baju tu dah bertukar. Aku ambil baju kotak-kotak dan tshirt putih lepas tu jeans. Bila masa baju tu bertukar?” Ujar Wahi masih dengan sisa tawanya.
“ Tapikan, cute jugak kau bergaya macam nih.” Ujar Wahi seraya menjongkit keningnya.
“ Banyak kau punya cute!! Macam minah bunga saje aku tengok.” Komen ku lalu memusingkan badan ku. Pening kepala aku nih!
“ Aku pakai baju tadi saje lah. Tak selera nak pakai baju nih! Macam beruk mak ye ye aje lagaknye.” Ujar ku lalu masuk semula kedalam tandas. Wahi masih lagi ketawa.
“ Mesti mamat tu yang tukar baju tu. Tapi kenapa yek?” Soal Wahi dari luar. Aku tersentak.
“ Kau boleh terangkan macam mana muka dia? Tinggi ke? Putih ke?” Ujar ku lagi.
“ Er…good looking..handsome giler la..tinggi..kulit cerah sikit. Dia ni jenis orang simple. But nice…really nice..” Ujar Wahi. Aku mencebik. Siapa yek? Mesti orang tu sengaja nak kenakkan aku.
“ Dia pakai baju apa tadi? Warna apa?” Ujar ku lagi.
“ Err..tak perasan la pulak. Sebab aku melantak tengok muka dia tu tadi. Huh! Kalau dia tu pak we aku..aku kurung dalam almari je. Tak nak perempuan lain pandang or jeling sekali pun.” Ujar Wahi seperti sudah kemaruk lagaknya.
“ Kalau kau jumpa dia lagi, kau cakap kat aku tau. Aku nak soal siasat dia.” Ujar ku lagi.
“ Aisemen..kau nak marah dia ke ape?” Ujar Wahi. Aku melangkah keluar dari tandas. Baju yang agak sembap tu tetap ku sarung ke tubuh. Rasa kesejukkan la pulak.
“ Baju tadi cantik apa. Cute jer aku tengok kau pakai. Cerewet!” Marah Wahi.
“ Cerewet apa ke benda tu! Kalau aku bagi kau pakai..kau nak tak?” Ujar Ku sinis. Wahi pantas mengeleng kepala. Semakin kuat dia ketawa.
“ Kalau kau pakai macam beruk mak ye ye..aku pakai macam cipanzi jer.” Ketawa Wahi pecah lagi. Aku turut ketawa.
“ Jomla. Nanti bising si Samy dan Wawa tu.” Ujar ku lalu kami berdua melangkah keluar dari ladies. Setiba di tempat yang dijanjikan, aku dan Wahi mengangkat tangan pada Wawa dan Samy yang sedia menunggu di dalam restoran yang menjadi tempat kami lepak.
“ Wei…kata pukul 2.30. Ni dah pukul 3 suku..janji apa ni?” Ujar Wawa dengan muka berkerut. Wahi ketawa.
“ Kau tak tahu cerita, Wawa. Kawan kita nih…mandi sampai basah kuyup. Pergi tukar baju..ada mamat tu siap tukar baju dia jadi ladies giler..mau tak minah ni hangin.” Jelas Wahi sambil ketawa. Samy membulatkan mata.
“ Alamatnya..pendek umo la mamat tu.” Ujar Samy lalu turut ketawa.
“ Berani betul la mamat tu.” Tambah Wawa.
“ Tapikan..mamat tu kenal minah ni..tapi minah ni tak kenal dia. Kalau jumpa tu kenal kot.” Ujar Wahi rancak dengan wajah bersungguh-sungguh.
“ Dan…isi penting nye..mamat tu handsome and macho giler..senyum dia tu..killer habis. Aku pun boleh cair.” Ujar Wahi lagi. Aku dan Wawa mengelengkan kepala.
“ Mangkuk hayun betul la kau nih!” Ujar ku lalu melambai seorang pelayan untuk memesan minuman.
“ Bang, bagi soya + cincau satu..ice hancur ok!” Ujar ku dengan senyuman. Wahi mencebik.
“ Bang, bagi saya ribena sprite.” Ujar Wahi dengan senyuman.
“ Berbalik pada cerita kau tadi Wahi..kau kenal tak mamat tu? Satu area ke…luar area?” Ujar Samy seperti berminat.
“ Nak dijadikan cerita…mamat tu, aku tak kenal..jadi..mana la aku tahu dia tu local or tak. Mangkuk tingkat betul la kau nih!” Ujar Wahi selamba cicak. Aku dan Wawa pecah perut ketawa. Samy hanya menjeling pada Wawa yang turut ketawa.
“ Bengol la budak nih!” Gerutu Samy.
“ Boleh kata handsome macam tu ke mamat tadi tu, Wahi?” Ujar Samy tiba-tiba sambil memuncungkan mulut kearah orang yang dimaksudkan. Semua mata menoleh kearah belakang. Mulut ku terlopong. Mamat tu!
“ Aduh..serius nih! Memang itu la mamat handsome tu…” Ujar Wahi. Jantung ku berdegup kencang. Darah ku tiba-tiba mendidih. Kurang aji-no-moto la mamat tu. Aku memandang Wahida untuk kepastian.
“ Betul-betul ke nih?” Soal ku lalu bangkit. Wahida menarik tangan ku.
“ No…please..just let him go..useless..ok!” Pujuk Wahida penuh harapan. Aku tersenyum sumbing.
“ Yeah..not that easy!! I will give him a lesson…so, don’t worry..i will take care of everything.” Ujar ku lalu terus melangkah ke arah lelaki yang aku temui tadi. Selamba sahaja aku duduk dihadapannya. Dia sedikit tersentak dengan kehadiran ku. Dengan senyuman sinis aku menatap wajahnya.
“ Whats your problem bro? Huh!! Awak dah tak de kerja lain ke? Or dah bosan tahap nak duduk underground?” Ujar ku serius. Mak ai minah nih..dah la salam tak bagi. Tiba-tiba nak hangin kat sini. Ni mesti pasal baju tadi ni..
“ Waalaikumusalam…ye..apa boleh saya bantu cik?” Ujar lelaki itu sinis. Aku mengigit bibir menahan kemarahan. Mangkuk tingkat la mamat sorang nih! Nak kena backhand aje lagak nye. Aku ketawa sekerat-sekerat tanpa perasaan.
“ Buat lawak pulak dia…straight to the point la..aku malas nak kecoh-kecoh..and melalut
“
“ What ever la, bro!! Aku just nak penjelasan. Kenapa kau tukar baju aku ke baju yang beruk mak ye ye pakai tu. Tak logik langsung la.” Ujar ku keras. Lelaki itu ketawa. Budak ni memang sempoi. Sempat dia buat lawak pulak. Macam tu ke baju beruk mak ye ye. Rasa nak ketuk dahi minah ni kasi sedar sedikit.
“ Wei! Beruk mak ye ye tu pakai baju ke? Aku baru tahu la.” Ujar lelaki itu sambil ketawa. Aku mengatap bibir. Geram. Hish!! Dia nih. Nak kena backhand betul la nih.
“ Adus!!
“ Woo..marah ke? Macam ni la. Aku saja nak kasi pengajaran pada kau. That’s all. Macam mana? Ok tak?” Ujar lelaki itu sinis. Aku bangkit dan sepantas kilat aku menyambar air teh ais limau yang tinggal setengah itu dan menyimbah ke mukanya. Dia turut berdiri. Semua mata tertumpu pada kami berdua.
“ Hope that you like it!” Ujar ku lalu pantas berlalu. Namun tak semena-mena tangan ku ditarik dari belakang.
“ I hate it! You ni
“ Helloooooo….i don’t need it. By the way, thanks. You simpan je buat pekasam. Aku tak nak la orang tu ajak kita berbahasa but dia pun sama 2 kali 5 sepuluh..cakap tak serupa bikin. Habuk pun tarak!!!” Ujar ku lalu berpaling meneruskan langkah ku.
“ Its not over yet, you will pay for this.” Ujar lelaki itu nyaring. Muka Wahida sudah pucat. Samy dan Wawa turut bangkit lalu menbayar bil. Ketiga-tiga sahabat itu membontoti langkah ku.
“ Beb! Biar betul kau nih?” Soal Wahi lalu menyaingi langkah ku. Aku memandang wajahnya sekilas.
“ Betul! Tiada yang salah..sume betol. Tahu!!” Ujar ku berang.
“ Aku sokong kau beb!” Ujar Samy.
“ Aku jugak!” Ujar Wawa.
“ Hish! Korang nih. Jangan la, lagipun..mungkin dia tak sengaja ke.” Ujar Wahi seperti resah. Bulat mata aku memandangnya.
“ Yang kau menangkan mamat tu kenapa?” Soal Samy hairan. Wawa menganggukkan kepala. Aku merengus.
“ Bukan aku bela dia. Aku Cuma takut lelaki itu balas balik nanti. Teruk tau.” Ujar wahi perlahan. Aku menarik nafas.
“ Leave it to me. So don’t wory, ok!” Ujar ku yakin.
“ Aku risaukan kau beb!” Ujar Wahi lembut.
“ Hey! Ini beb la. Tak de dalam kamus beb word takut or give up!” Ujar ku yakin.
“ Betul tu Wahi.” Sampuk Wawa.
“ I just remind you. Coz I care about you, beb.” Ujar Wahi. Dengan nada sentimental yang bisa cair aku dibuatnye. Wahi, kalau bab sentimental, memang aku kalah punya. Tak tahu la..dia ada sense la yang boleh buat orang cair dengan kata-katanye saja.
“ I know..” Ujar ku ringkas.
“ Please beb..” Ujar Wahi lembut. Hati ku tersentuh.
“ Yeah….fine! Puas hati?” Ujar ku mengalah akhirnya apabila melihat wajah sekupang Wahi. Wahi tersenyum dan memeluk bahu ku.
“ That’s my girl. Ok…lets go!” Ujar Wahi lalu kami berempat menapak ke tempat parkir kereta. Oleh kerana plan lepak di mall cancel..terpaksa tukar agenda.
“ So..nak gi mana nih?” Soal Samy.
“ Ermm..rasanya kita pergi tengok futsal nak?” Ujar Wawa. Aku dan Wahi pantas menganggukkan kepala.
“ Korang nih!” Uajr Samy lalu mengelengkan kepalanya. Minat aku, Wafi dan Wawa memang mengalahkan lelaki. Samy tu lagi la pening kepala bila kengkawan dia yang bukan sejenis nih minat futsal.
“ Kau ni pun…teman la kite orang pergi. Sebelum tu..kita ronda-ronda dulu. Biasa start pukul 5 petang
“ Set!!!” Sampuk Wawa dan Wahi serentak sambil membuat sign two thumbs up pada ku. Samy mengangkat tangan, mengaku kalah bila berdepan dengan tiga temannya –Charlie’s Angel-
“ Jomlah. Korang nih!” Ujar Samy atau Samirzam perlahan lalu menapak masuk ke keretanya. Aku dan Wahi masuk di bahagian belakang manakala Wawa duduk di hadapan bersama Samy.
“ Mula-mula kita pekena canai sardin kat warung Pak Mail. Sebab perut aku dah lapar giler. Ni semua gara-gara Mamat yang tetiba jer kacau hidup aku.” Ujar ku pada Samy.
“ Aku nak makan kebab Pak Mail.” Sampuk Wawa.
“ Aku pulak rojak buah.” Ujar Wahi sambil mengangkat kening.
“ Aku nak makan apa yek?” Ujar Samy sambil menghidupkan enjin kereta Viva putihnya.
“ Makan angin.” Perli Wawa. Aku dan Wahi mengekek ketawa.
“ Sampainye hati..suruh saya makan angin saja.” Ujar Samy seolah-olah merajuk. Aku ketawa sambil menekan perut sebab tidak tahan melihat muka sekupang Samy.
“ Saya gurau saja lah! Kita share kebab Pak Mail nanti la.” Pujuk Wawa perlahan.
“ Betul nih?” Soal Samy ceria semula. Wawa hanya menganggukkan kepala sambil tersenyum simpul. Aku dan Wahi berpandangan. Itulah lumrah orang bercinta. Merajuk..minta dipujuk. Mak ai..susah nak cakap la. Bak kata pak cik Astro tu ‘ Macam-macam ada’. Lepas tu dengan sekali pujuk sahaja sudah cair.
No comments:
Post a Comment