Aku menapak ke blok kuliah. Rambut ku yang paras bahu agak kusut ditiup angin. Nasib baik aku tak terbang sebab angin petang ni aku rasa kuat semacam je. Tubuh ku memang kecil molek. Tu le pasal, masa angin kuat macam ni..aku mengelabah. Takut-takut terbang di bawa angin. Hari ini aku ada kelas BL (Bisness Law). Kuliah yang membolehkan aku bersemangat untuk datang awal. Aku pasti Wahi, Samy dan Wawa masuk lewat ke bilik kuliah lagi. Memang mereka ni suka kasi Prof. Sofea naik hangin.
“ Yo!” Aku menoleh. Yo yo pulak dah. Bagi salam ke, ni tak, yo yo. Kang ku tunjal-tunjal dahi tu kang, padan muka.
“ Dah tak reti nak bagi salam ke? Banyak la kau punya yo!” Kutuk ku pada Wahi yang tersinggih-singgih. Awal pulak minah ni hari ni. Aku menoleh kiri-kanan.
“ Relex la, beb!” Ujar Wahi lalu memicit hidung ku. Aku menepis lembut tangannya.
“ Wawa dan Samy?” Soal ku bila tidak melihat kelibat sahabat ku yang dua orang itu.
“ Samy dan Wawa masih dekat parking. Jom, kita pergi dulu. Hari ini dalam sejarah kite orang datang awal. Aku tak tahulah, macam ada semangat luar biasa je. Lepas ni mesti hari-hari punye kite orang datang awal.” Ujar Wahi lalu memeluk bahu ku lalu berjalan seiringan. Aku ketawa. Banyak la kau punya semangat luar biasa Wahi. Bagus juga. mesti Prof Sofea buat muka terkejut hari ini.
“ Iye sangat lah tu. Jangan hari ni aje dah lah.” Ujar ku kurang percaya dengan kata-kata Wahi itu. Wahi mengepit lagi aku rapat padanya.
“ Hish kau ni! Jauh sikit. Rimas tau tak!” Kutuk ku dengan senyuman.
“ Assalamualaikum…” Sapa satu suara yang jarang-jarang di dengar. Siapa yek? Kami berdua pantas menoleh.
“ Waalaikummusalam..” Balas aku dan Wahi hampir serentak. Kedua-dua nya membulatkan mata melihat si empunya suara.
“ Kita jumpa lagi. Kecilkan, dunia ni..” Ujar lelaki itu dengan senyuman penuh makna. Aku mengatap bibir manakala Wahi sudah pucat muka.
“ So what?” Bentak ku lalu ingin berpaling. Namun lelaki itu selamba je memaut bahu aku. Aku menepis tangannya kasar.
“ Woi! Kau ni memang sengaja nak cari pasal dengan aku kan?” Sergah ku kasar. Lelaki itu menggelengkan kepala. Wahi sudah menahan tangan ku yang sudah menapak selangkah ke hadapan. Bimbang aku bertindak menyerang mamat itu.
“ Nope! Saya tak ada masa nak cari pasal dengan orang yang tak berapa nak betul macam awak ni. Got it?” Ujar lelaki itu sinis. Aku mengatap bibir. Mulut mamat ni memang nak kena cili. Geramnyaaaaaaaaaaaaaa!!!
“ Sakit jiwa!!” Ujar ku lalu menghadiahkan tumbukan sulung ku tepat di bahagian perutnya. Aku tersenyum puas bila mendengar lelaki itu mengaduh kesakitan. Wahi sudah terpana lalu menarik tangan aku dan meninggalkan mamat itu.
“ Kau dah gila! Kau ni tak serik-serik lagi ke? Dia dah warning hari tu, yang dia tak akan lepaskan kau. Kau tu perempuan. Beb! Even kau rasa kau boleh handle dia, but still you’re a girl. Remember that, ok! I’m worry about you.” Ujar Wahi yang sudah hilang sabar dengan tingkah ku. Aku hanya menadah telinga mendengar ceramah Wahi. Bukan aku tak tahu dengan si Wahi ni. Dia ni cepat sangat mengelabah. Hal kecil je tu.
“ Wahi, dia kutuk aku tau. Kalau dia tak kutuk aku, aku boleh tolak ansur. Dia tu memang kurang perisa. Nak kena sangat lah tu. Padan muka!” Ujar ku lalu duduk menghadap Wahi. Buku-buku nota aku keluarkan dari beg. Buat preparation before class. Aku melambai tangan kearah Samy dan Wawa yang baru masuk.
“ Korang memang cipta sejarah hari ni.” Ujar ku lancar. Wahi hanya menggelengkan kepala melihat reaksi ku yang enggan mengambil pusing dengan leterannya.
“ Hahaha…well..jom kita lihat muka terkejut Prof Sofea.” Ujar Wawa lalu duduk di sebelah Samy sebaris dengan tempat duduk aku dan Wahi. Pandangan ku jatuh pada Prof Sofea yang sudah melangkah masuk. Seisi dewan kuliah kembali senyap dan hanya kedengaran detikkan jam di dinding.
“ Morning Madam.” Ucap kami hampir serentak. Prof Sofea memerhati wajah setiap satu penuntutnya. Wajahnya sedikit berubah apabila melihat kearah Samy, Wawa dan Wahi.
“ Morning. Triple troublemaker..i’m impress today. This is for the first time I saw you guy coming here on time. That’s good.” Ujar Prof Sofea dengan senyuman. Itu pun senyum yang boleh dikatakan senyuman singkat dan boleh juga di kategorikan dalam senyuman yang kurang menarik.
“ Ok class, hari ini kita ada transfer student. Please come in.” Ujar Prof Sofea lalu berpaling kearah pintu masuk. Seorang lelaki melangkah masuk dengan senyuman. Aku terkesima. Wahi sudah menyiku lengan ku. Samy dan Wawa memandang kearah ku. Aku mengatap bibir.
“ This is our new friend. Best student from UKM. Please introduce yourselt gentlemen.” Ujar Prof Sofea dengan lancar. Lelaki itu tersenyum dan memandang kehadapan.
“ My Name is Adif Arfan, transfer student from UKM. Sila beri tunjuk ajar.” Ujar lelaki itu ramah. Aku hampir pecah ketawa. Apa kes? Huh! Hari-hari aku pasti akan menjadi serabut jika aku tengok muka dia tu hari-hari. This is my bad luck!
“ Adif, please have a seat.” Ujar Prof Sofea lalu memulakan sesi pembelajaran. Lelaki itu berjalan melimpasi tempat duduk yang diduduki aku namun langkahnya tiba-tiba berhenti.
“ Gotcha!” Ujarnya pada ku lalu duduk betul-betul dibelakang ku. Aku mengatap bibir.
“ You owe me a lot, baby!” Ujar Adif Arfan itu perlahan. Aku dapat rasakan bulu tengkuk ku berdiri. Arg!! Mamat ni memang nak kena! Sepanjang penerangan Prof Sofea, aku kurang menumpukan perhatian kerana aku dapat merasakan mahluk asing dibelakang aku itu memerhatikan aku sepanjang masa. Setiap pergerakkan aku terasa kaku. Usai kelas Business Law tamat, aku pantas mengemas buku nota kedalam beg.
“ Fatiha, boleh tunggu sebentar dan awak juga, Adif.” Ujar Prof Sofea tetiba. Aku tersentak.
“ Hah?” Dengan muka blurr aku menapak kearah Prof Sofea. Adif turut berdiri disebelah ku. Wahi, Samy dan Wawa mula menapak keluar dan member isyarat yang mereka menunggu ku di tempat biasa. Aku sekadar menganggukkan kepala.
“ Fatiha, saya nak awak dan Adif buat something for our faculty event end of this month. I leave it to boths of you to dicided about that event.” Ujar Prof Sofea tegas. Aku telan air liur. Kenapa mesti mahluk asing ni? Aku menggaru kepala yang tidak gatal.
“ Any problem, Fatiha?” Soal Prof Sofea kepada ku yang masih blurr itu. Aku tersentak.
“ Hah! Oh, no madam. I’ll do my best.” Ujar ku laju dek perasaan terkejut.
“ How about you, Adif?” Soal Prof Sofea pula. Adif menggelengkan kepala.
“ Nope!” Ujar Adif ringkas. Prof Sofea menganggukkan kepala.
“ If boths of you need anything, just count on me.” Ujar Prof Sofea lalu berlalu meninggalkan kami berdua.
“ See…even kau nak lari dari aku, still kita akan di pertemukan. What do you think? It’s not easy for you to run away from me right now.” Ujar Adif angkuh. Aku mengatap bibir.
“ I’m not running away, ok! And don’t you ever think that I’m afraid of you.” Ujar ku lalu meninggalkan mahluk asing itu. Aku terus menapak ke cafĂ© dimana kawan-kawan ku berada.
“ That sound good. Good luck!” ujar Adif sambil melihat pemergian ku dengan senyuman penuh makna.
“ Apa hal tadi? Cecite?” Ujar Samy tidak sabar. Wahi memandang wajah ku yang penuh emosi itu.
“ Argggg!! Mahluk asing tu memang nak kena tanam underground!” Marah ku sambil menghempas punggung di kerusi tanda protes.
“ Mahluk asing? Mahluk asing mana pulak?” Soal Samy blurr. Aku mengatap bibir. Wajah Samy ku jeling tajam.
“ Mamat handsome tu ke? Oh…” Samy membuat kesimpulan sendiri manakala Wawa siap mencubit lengan Samy. Samy mengaduh kesakitan.
“ Dia tak akan lepaskan kau macam tu aje tau. Beb, aku dah cakapkan. Kau tu degil sangat. Tengok, apa jadi sekarang ni?” Leter Wahi. Aku mengatap bibir.
“ Masalahnya sekarang ni, bukan aku yang mulakan dulu. Lagi pun, takkan aku nak biarkan dia kenakan aku. And one more thing, Prof Sofea siap bagi tugasan untuk kami berdua. Buat sama-sama. Can you all imagine? It’s ridiculous!” Ujar ku tidak puas hati.
“ What??” Soal Wahi, Wawa dan Samy hampir serentak.
“ Habis la kau, beb! Dia kasi kenakan kau kaw kaw punya!” Ujar Wahi dengan wajah risau. Aku mengatap bibir. Aku tidak akan sekali membiarkan perkara itu terjadi.
“ I can handle him for sure, you all no need to worry, ok.” Ujar ku yakin. Wahi memandang wajah ku dan keluhan dilepaskan perlahan.
“ Hati-hati, beb. Aku risau tau.” Ujar Wahi masih menyuarakan keresahan dihatinya. Aku memaut bahunya dekat pada ku.
“ Wahi, aku tahu kau sayang sangat kat kawan kau ni. Jangan risau. Aku tahu nak buat apa dengan mahluk asing tu. Apa kata kita lupakan dia sementara perut aku ni terlebih lapar. Kang takde selera pulak. Naiya.” Ujar ku cuba membuang jauh-jauh keresahan di hati Wahi. Kami memesan makanan dan terus menjamu selera setelah pesanan sampai. Selepas ini kami akan bergerak ke Arena Sukan untuk perjumpaan team Eagle dan berjumpa dengan captain baru. Agak-agak, mamat yang ganti senior Adam tu power giler ke? Satu je aku minta, jangan la dia tu macam si mahluk asing tu. Kalau tak, letih aku nak melayannya.
No comments:
Post a Comment